KEPADA SEMUA PEMILIK KERETA AXIA...PERINGATAN BUAT ANDA SEMUA..
Salam buat semua..
Pada 6hb Jun 2016 yg lalu (puasa pertama Ramadhan)..saya memandu kereta Axia saya dari Jawi menuju ke Glugor dan ketika itu hujan dan saya memandu dalam kelajuan 70-80kmj..saya hendak gunakan jambatan kedua dan apabila tiba disusur keluar Plus ke jambatan kedua (di lencongan)..tiba-tiba steering axia saya lock dan tak boleh dipusingkan..apalagi saya terus tekan brek tetapi malangnya brek juga tidak berfungsi langsung...terus menghentam railing sisi kanan dan terus ia seret kesebelah railing sisi kiri dan terus kereta saya terhenti....airbag juga tidak berfungsi...
Saya terus matikan enjin kereta dan periksa anak dan isteri dulu...tengkok isteri saya sakit dan tidak boleh pusing manakala anak saya yg duduk dibelakang mengalami sakit pinggang dan Alhamdulillah saya ok...saya uruskan ambulan dahulu sebelum hubungi wakil perodua bagi menunda kenderaan saya..
Keesokan harinya saya membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Jawi.Selang 3hari saya menulis kepada pihak perodua Hq untuk maklumkan kejadian yang menimpa saya dan meminta mereka siasat punca kejadian dan rectify segera agar ianya tidak menimpa pemandu axia yg lain dan saya juga minta agar mereka memperbaiki secara percuma atau gantikan sebuah kereta lain..
Saya juga cc surat tersebut kepada Menteri Pengangkutan.. Jpj.. Perodua Seberang Jaya dan juga CAP....saya cuma terima maklumbalas dari CAP sahaja dan juga dari Perodua Hq yg mengatakan mereka masih menyiasat. .
Hari ini saya menerima laporan rasmi hasil siasatan tersebut...malang sekali hasil siasatan mereka bukanlah mencari punca yg menyebabkan steering lock..brek dan air bag yg tidak berfungsi tetapi siasatan mereka lebih menjurus kepada mencari alasan yg boleh menjadi sebab bagi menyalahkan pelanggan....hasil siasatan mereka menyatakan puncanya adalah kerana tayar botak...
Tayar botak??? Kepada pakar penyiasat yg bijak saya nak tanya...kalau tayar botak sekalipun bukankah brek akan berfungsi seperti biasa cumanya kereta akan terseret sedikit dan akan ada kesan tayar ditempat kejadian...adakah anda menyiasat ditempat kejadian?
Memanglah hasil siasatan anda semua ok...lepas kemalangan tu saya off enjin dan on balik semua ok...tapi punca yg menyebabkan steering lock, brek dan airbag tak berfungsi anda tak siasat...siasatan hanya untuk cari sebab salahkan pengguna dan lindungi syarikat Perodua....Bagaimanakah sekiranya kejadian sebegini melibatkan kehilangan nyawa? Mahu pula terkena keatas anda atau ahli keluarga anda....
Jadi kepada semua pemilik Axia berhati-hatilah kerana Perodua tiada sifat ehsan atau perikemanusiaan....sekiranya anda kemalangan berpunca dari steering lock secara tiba2..dan tayar anda elok dan masih baru...maka satu alasan baru akan dicari untuk salahkan anda...
Setahu saya sudah ada 2-3 kes yang sama berlaku...Sekarang dalam proses insurans dan dengar khabar kemungkinan total lost..
Saya sedang menimbang untuk mengambil tindakan guaman..
Mohon sahabat2 dapat viralkan agar menjadi pengajaran buat Perodua. .saya bertanggingkawab sepenuhnya atas tulisan ini....
*_Husein Mat Omar_*
Laiyeker : Apa benarkah company pengeluar kereta di Malaysia tak macam company Jepun dan Korea? Entahlah