-->

April 24, 2017

Doa Pengasih dari 2 Ayat Surah Yusuf dan Surah Taha yang Boleh Mendekatkan Hati Dua Insan

 



SUBHANALLAH..!! INILAH KEISTIMEWAAN & MANFAAT 2 AYAT DARI SURAH YUSUF & AYAT TAHA YANG HARUS ANDA TAHU!!

[=] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.
[=] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
[=] Sahabat yang di rahmati Allah,
.
.
[=] Keistimewaan & manfaat 2 ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah سبحانه وتعالى kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.
.
.
[=] Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan yang diajukan, sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, makanya ana ingin berkongsi kepada antum semua dua ayat yang amat bermanfaat.

[=] CARANYA ADALAH

#Pertama : Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf yang berikut:


#Kedua : Kemudian sambung pula membaca surah Taha, ayat 39 :



[=] Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya. InsyaAllah antum akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.

[=] Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. Apa yang baik itu datang daripada Allah سبحانه وتعالى dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)

Sumber:- Shafiqolbu