-->

November 06, 2019

#VAPE - Cukai Atau Sekat?

SOSMED | Timbalan Menteri Kewangan mengesahkan dalam satu kenyataan di Parlimen semalam yang kerajaan berkemungkinan akan mempertimbangkan duti eksais ke atas pengesportan produk vape.

 
“Buat masa ini, produk vape tidak dikenakan duti eksais melainkan cukai jualan sebanyak 10 peratus,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah di sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.

Berdasarkan kenyataan Ketua Pembangkang, Ismail Sabri, Malaysia kini adalah pengeskport cecair vape nombor dua terbesar di dunia. 


Menurutnya lagi, Malaysia juga menguasai 40 peratus pasaran dunia dalam aktiviti pengeksportan cecair vape.

Dan 95% yang terlibat dalam industri vape adalah terdiri dari peniaga bumiputera. Sebarang tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan perlu mengambilkira kesan yang akan terpalit ke atas peniaga-peniaga tersebut antaranya;

i) Kehilangan mata pencarian

ii) Tak mampu meneruskan perniagaan

iii) Kehilangan pekerjaan bagi pekerja industri

iv) Tutup kilang



Penjualan vape mula menjadi polemik apabila KKM mendedahkan terdapat 300,000 perokok muda yang menghisap vape.



Kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah turut termasuk dalam angka itu. Sebilangan dari mereka juga berani membawa masuk vape ke dalam kawasan sekolah sehingga mempengaruhi rakan-rakan lain.



Hal ini kemudiannya menimbulkan kebimbangan masyarakat andai penjualan vape tidak dikawalselia oleh kerajaan. 


Memahami sentimen yang disampaikan kerajaan itu, beberapa wakil-wakil NGO dan persatuan vape kemudiannya bersetuju dengan saranan kerajaan agar penjualan vape dikawalselia bagi membendung aktiviti yang tidak sepatutnya namun mereka menolak cadangan agar penjualan vape diharamkan sepenuhnya.


Bersedia untuk mematuhi semua peraturan yang akan dilaksanakan KKM andai vape dibenarkan untuk penjualan di Malaysia, persatuan-persatuan ini mengharapkan kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya sebelum menguatkuasakan apa-apa akta berkaitan penjualan vape kelak.



Berdasarkan tinjauan, cecair vape mengandungi dua jenis berbeza iaitu satu dengan nikotin dan satu tanpa nikotin. Nikotin termasuk dalam Akta Racun 1952 dan penjualannya dikawal ketat di Malaysia dimana hanya pihak-pihak seperti farmasi sahaja dibenarkan untuk menjualnya atas nama perubatan.



Cecair vape yang boleh dibeli dengan mudahnya menerusi Shopee dan Lazada didapati mengandungi nikotin. Semakan juga mendapati kebanyakan cecair vape itu adalah versi dimport dari USA. - 6 November 2019.