-->

April 18, 2017

Jangan Campur 2 Jenis Makanan Ini dalam Satu Hidangan !!! BAHAYA !!


Bahaya campur makan makanan darat dan laut dalam satu masa




“Mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.”


Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.


Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)


Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:


* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda

Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.


FAKTA:

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.