Kes Bunuh Anggota TLDM, Ahli Keluarga Akan Lantik Peguam Untuk Pendakwaan: Keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, yang meninggal dunia petang Jumaat lalu dipercayai didera, sudah melantik peguam.
Kakak sulung kepada arwah, Nik Noorliliwati Nik Mat, 44, berkata perkara itu dimaklumkan keluarga isteri Nik Muhammad Baihaqy bahawa mereka sudah melantik peguam sebaik saja mengetahui kematian arwah akibat dibunuh.
Katanya, tindakan itu dibuat atas persetujuan semua ahli keluarga yang mahu pihak tidak bertanggungjawab itu menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya sehingga membawa kematian kepada anak kelapan daripada 10 beradik itu.
"Kami tidak sangka dan cukup terkejut kerana adik saya meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai daripada penderaan, bukannya kematian mengejut seperti dimaklumkan polis sebelum ini.
"Kesalahan arwah hanya sekadar tatatertib, namun dihukum sehingga meragut nyawa dan menjadi kes bunuh. Saya cukup kecewa dengan kawalan TLDM yang membiarkan insiden ini berlaku.
"Apa yang berlaku sekalipun, ahli keluarga akan mengambil semua tindakan sewajarnya bagi menegakkan keadilan, terutama untuk tiga anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga empat tahun," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Jenazah Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy atau dipanggil Eqiey yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin, selamat dikebumikan pada jam 5.50 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noor Bazlin Mohammad, 28, dan tiga anaknya, Nik Adam Mikail, 4; Nik Aisyah Azzahra, 2; serta Nik Anas Naufal berusia 10 bulan.
Sementara itu, adik iparnya, Lokman Hakim Zakaria, 27, berkata keluarganya kesal dengan insiden yang berlaku dan akan memperjuangkan hak arwah bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan.
"Isteri dan tiga anaknya yang masih kecil perlu mendapat keadilan kerana mereka sudah hilang tempat perlindungan. Saya tidak dapat bayangkan keadaan mereka terutama anaknya yang tidak sempat kenal lama bapanya.
"Jika arwah melakukan kesalahan sekalipun, bukan dengan cara dera sehingga membawa kematian. Apapun, kami akan tuntut keadilan sewajarnya," katanya.
sumber
Berita Harian

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!