-->

November 05, 2017

3 Pekerja Dikhuariti Maut Selepas Terjatuh Dalam Tangki Minyak Diesel.

Tiga pekerja sebuah kilang simen dikhuatiri maut selepas terjatuh dalam sebuah tangki diesel ketika tangki tersebut meletup dan terbakar, di sini, petang semalam lapor Berita Harian.


 
Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, semua mangsa yang terlibat adalah warga tempatan yang berusia 28 tahun, 35 tahun dan 49 tahun.

"Tiga jentera dari Balai Bomba Rawang, Selayang dan Batu Arang terbabit dalam operasi memadam kebakaran, yang membabitkan 30 anggota.

"Difahamkan ketiga-tiga pekerja terbabit sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh ke dalamnya.

"Kebakaran berjaya dipadamkan selepas 30 minit dan sehingga kini, kita dalam usaha untuk mengeluarkan mangsa,"katanya seperti dipetik dari portal Berita Harian.

Jelas Mohd Sani, kerja mengeluarkan mangsa dari tangki berkenaan memerlukan masa yang agak panjang berikutan pihak kilang terpaksa memindahkan minyak diesel daripada tangki tersebut.

"Buat masa ini, kita perlu mengeringkan tangki terbabit terlebih dulu, yang mengandungi kira-kira 750,000 liter diesel.

"Apabila tangki kering, barulah kita boleh keluarkan mangsa," katanya.