-->

November 08, 2017

Chef Wan Jumpa Benda Jijik Dalam Santan - Ini Respon Ayam Brand.

Pada semalam media sosial dikecohkan dengan penyebaran gambar santan yang mengandungi 'bahan asing' yang dikongsikan oleh Chef Wan di Instagramnya.

Menurut Chef Wan, beliau yang mahu memasak membuka sekotak santan berjenama Ayam Brand bagaimanapun melihat ada benda asing yang menjijikkan di dalam kotak tersebut.


"Ya Tuhanku, memandangkan saya kekurangan santan segar untuk memasak hidangan ayam maka saya memutuskan untuk menambahkan sekotak santan ke atas masakan tersebut tapi lihatlah apa yang saya jumpa ini. Mengejutkan, ia juga menjijikkan.

Untuk memastikan perkara itu, sekali lagi saya membuka sekotak santan yang lain, berjenama sama bagaimanapun di dalam kotak kedua itu tiada apa-apa bahan asing ditemui melainkan hanya terdapat santan semata-mata," tulisnya di Instagram.

Chef Wan turut bertanyakan kepada pengikutnya jika ada yang pernah mengalami pengalaman yang serupa.

"Terfikir juga apa benda ini ya? Ada sesiapa di antara kamu pernah melaluinya? Saya pasti Ayam Brand perlu memberikan penjelasan tentang hal ini. Tarikh luputnya pun lambat lagi," katanya.

Selepas tularnya perkara itu, Chef Wan memaklumkan wakil Ayam Brand telah menghubunginya dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut dengan lanjut.


"Ayam Brand telah menghubungi saya untuk mengambil kotak (santan) tersebut dan menyiasat tentang hal ini pada esok pagi (hari ini).

Dia berkata ia mungkin acuan yang terkeluar dari mesin dan termasuk ke dalam santan dan itu yang akan disiasat.

Jangan kita meletakkan apa-apa andaian buat masa sekarang dan berikan mereka (Ayam Brand) masa untuk melakukan penyiasatan terlebih dahulu.

Kadang-kadang mesin ini ada getah ke yang terlucut masuk ke dalam masa pembungkusan ke mana nak tahu. Apa pun bukan semua mesin akan berfungsi dengan 100% yang sebaiknya," katanya ketika menjelaskan perkara itu dengan lanjut. - SoZPress.