-->

November 08, 2017

Gara-Gara Menyindir Najib, Fathia Diserang Cybertroopers UMNO.

Semuanya bermula dari satu tweet ringkas dari pelakon terkenal itu. "Assalammualaikum Prime Minister, tak pergi jenguk-jenguk #Penang?, " soal Nur Fathia Latiff atau lebih dikenali sebagai Fathia.


Fathia turut berkongsikan aktiviti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu yang dilaporkan sedang minum pagi bersama penduduk di Lembah Pantai.

Mengemaskini di laman Twitternya, "Minum pagi bersama penduduk Lembah Pantai tadi, begitu mesra semua. Terima Kasih!," tulis pengendali Twitter Najib Razak.

Berkongsi semula (retweet) tweet itu, Fathia kemudiannya seolah memerli Perdana Menteri itu dengan bertanyakan soalan apakah Perdana Menteri tidak turun ke Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang sedang berhadapan dengan musibah banjir yang paling besar dalam sejarah negeri itu.

Bagaimanapun rata-rata pengikut Fathia yang berfahaman pro UMNO dan BN, dan cybertroopers BN yang membaca tweet itu kemudiannya menghentam Fathia semula di ruangan balas.



 
Walaupun dikecam hebat, Fathia tetap membalas komen-komen yang menyerangnya di Twitter.

Apabila ditanyakan tentang Mahathir, apakah bekas Perdana Menteri itu sudah berada di Pulau Pinang, Fathia kemudiannya menjawab Mahathir bukan lagi Perdana Menteri maka tidak timbul persoalan tersebut.

"Mahathir dimaafkan sebab dia bukan Perdana Menteri dah. Tapi.. mungkin dia dah ada kat Penang. Cuba check tengok!," katanya. - SoZPress.