-->

November 02, 2017

Sepatutnya Dahulukan Tiket Untuk Penyokong Setia Bukannya Exco, VVIP & Orang Kenamaan..

Oleh : Zack Rahim
Saya dah baca penjelasan KFA mengenai isu tiket final. Ini isu tahunan bukan di Kedah sahaja, dimana-mana termasuk peringkat Kebangsaan bila sahaja ada perkataan FINAL. Ringkasnya, alasan adalah:
1. KFA terima 30,000 keping tiket
2. 10,000 tiket sahaja dijual di kaunter
3. 20,000 di agihkan kepada: 
* kelab-kelab bolasepak daerah dengan 400 bas
* Exco-exco KFA
* pemain
* penaja
Saya berpendapat ini satu kesilapan yang sangat besar dilakukan oleh KFA dan mana-mana pasukan di setiap kali final. Perkara ni pasti akan berlaku dan berulang dan berulang 'sampai abang Jamil mampos...' Kali terakhir berlaku di final Sukan SEA baru-baru ni dan sekarang berlaku lagi. Maknanya, 'abang Jamil masih belum mampos'.
Mari saya yang tak pandai ni ajar sikit. Stakeholder dalam bolasepak professional adalah penyokong setia. Jika pasukan gagal menjaga dan menghargai penyokong setia maka pasukan itu gagal dalam sebahagian pengurusannya. Ia umpama peniaga yang tak jaga pelanggannya. Mereka sentiasa ke stadium beli tiket, bayar minyak, tol, makan minum, parking utk sokong pasukan. Tiba final mereka sanggup bermalam dan siangnya berpanas di stadium utk nak dptkan tiket. Tapi dalam banyak-banyak game, hanya final mereka tak dapat hadir kerana tiada tiket. Bukan tiket habis tapi tiket dah dirompak sebelum mereka beratur. Adilkah?
400 bas ke Shah Alam? 400 kelab gabungan? Ok lah, kita ambil separuh, 200 kelab gabungan aktif di Kedah? Kalau benar, memang hebat la Liga domestik Kedah. Pasti Kedah ada ramai pelapis masa depan. 400 bas ke Shah Alam saya agak skeptikal. Di TBS, KL baru 100 bas parking dah melimpah ruah kawasan parking TBS, bayangkan 400 bas dari Kedah belum campur yang dari Johor. 
Beranikah KFA keluarkan senarai agihan ini beserta dengan jumlah penerima? Apa jasa kelab-kelab gabungan ni pada team sepanjang musim hingga dapat keistimewaan tiket final? Berapa banyakkah tiket liga yang mereka tolong jual di daerah mereka? Berapa bas mereka pernah bawa sepanjang musim? Tiba-tiba nak bawa rombongan ke Shah Alam? Berapa banyak merchandise pasukan pernah mereka tolong jual?
Tiket untuk Exco? Haha, sejak bila Exco masuk stadium bertiket? Bukankah mereka ada peruntukan pas VIP, VVIP & VVVVVIP beserta sticker parking di dalam terowong SSA? Kenapa perlu tiket tanpa beratur? Tak ada rasa berdosakah Exco-exco KFA ini melihat para penyokong mereka beratur berpanas membeli tiket akhirnya pulang hampa? Atau mereka memang tak ada perasaan?
Yang untuk pemain dan penaja boleh sahaja KFA mohon pas khas dari FAM atau FMLLP. SSA ada banyak bilik berkaca diatas tu yang terbiar kosong & bersawang. Sewa sahaja lah untuk pemain, simpanan, penaja dan Exco duduk bersama disitu. Makanan pun ada free.
Nasihat saya buat KFA dan semua pasukan di Malaysia termasuk FAM, hargai penyokong setia. Dahulukan mereka dalam apa sahaja terutama dalam bab penjualan dan agihan tiket. Jual dahulu kepadà mereka yang datang beratur di stadium. Untuk penyokong di luar Alor Setar (bandar), kenalpasti agen-agen untuk mereka dapatkan tiket di daerah masing-masing. Agihkan seadilnya dan jual disana. 
Kelab gabungan (yang 200-400 tu) bantu sediakan bas dan pastikan mereka selamat pergi dan balik. Asasnya, semua penyokong dapat tiket dengan membeli dan adil.