-->

Disember 09, 2017

"Jangan Sampai Peluru Aku Sampai Kat Kau", Fathia Diserang Abang Botak.

Pelakon drama Fathia Latiff hari ini menceritakan satu insiden malang yang berlaku terhadap dirinya pada pagi.

Menurut Fathia, beliau telah diserang dan diugut oleh seorang lelaki botak tanpa menjelaskan lanjut kenapa perkara tersebut berlaku.


"Siap baling rantai dan pukul bahu saya. Ada anak kat belakang pun boleh buat perangai samseng. Entah apa dia ajar anak dia," tulis Fathia di Twitternya.

Selain diserang, Fathia juga menceritakan yang lelaki tersebut mengugut untuk menyerang dirinya dengan peluru.

"Jangan sampai peluru aku sampai kat kau," kata lelaki itu pada Fathia.

Menurut Fathia, beliau mengetahui nama lelaki tersebut bagaimanapun enggan berkongsikan butiran lanjut mengenai lelaki tersebut.

Fathia juga meluahkan perasaan yang beliau memerlukan pengawal peribadi kerana agak terkejut dan trauma dengan insiden itu. - SoZPress.