-->

Januari 08, 2018

Anak Suka Sepahkan Mainan? Jangan Marah..!


Anak Sepahkan Rumah?

Baca Info Ni Kalau Nak Anak Jadi Hebat Dalam SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK.

Maryam Soolihah ni kalau dia diam je mesti tengah buat 2 benda ni. Samada dia tengah main alat mekap Ummi dia ataupun dia tengah main Lego.

Cuma bila dia main Lego ataupun Toys Blocks ni memang rumah saya ni jadi macam reban sikit lah. Bersepah habis! Tapi sebab saya tahu kebaikan main blocks ni semua, saya jadi sejuk la sikit sebab saya tahu benda ni akan sangat berguna untuk dia suatu hari nanti.

Sebab main Toys Blocks ni akan kuatkan SPATIAL ABILITY si Maryam Soolihah ni!
 

Dengan spatial ability ni la si Maryam Soolihah boleh melihat sesuatu tu dengan pandangan 3D

Dengan spatial ability yang bagus la seorang doktor boleh tahu kedudukan organ badan. Dengan spatial ability ni la seorang arkitek boleh design rumah yang canggih.

Dengan spatial ability yang diasah ni juga la si Maryam Soolihah boleh selesaikan masalah matematik yang rumit bila dah besar nanti!

Nampak simple kan main benda ni tapi sebenarnya efeknya sangat hebat bila dah besar nanti. Jom belikan anak kita Toys Blocks. Biarlah anak menyepah, asal otaknya diasah.
Taufiq Razif
Bekas Abi Yang Menyampah
Bila Anak Menyepah