Oleh : Muhammad Mamzah
i) 7 April 2019
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kita bersiaran kembali pagi ini dari basecamp di Gua Tempurung. InsyaAllah team pertama akan berlepas ke lokasi spot signal terakhir Acap diketuai Uncle David sekitar jam 8am nanti.
Uncle David dan seorang lagi Uncle Annuar merupakan wakil dari Mosars yang hadir atas tiket individu secara sukarela dan sudah berkampung disini beberapa hari.
Hampir keseluruhan kawasan pencarian team dan pasukan sukarela kami adalah dibeberapa kawasan hot spot area dan kawasan yang belum dijejaki oleh mana-mana SAR.
Kami menumpukan pencarian secara fizikal dengan dibantu oleh informasi daripada rakan-rakan sukarelawan lain baik secara nyata dan ghaib yang boleh dipercayai sahaja. Cuma kami tak buat apa-apa upacara atau ritual pelik-pelik sebab kami masih yakin Saudara Acap BUKAN hilang dibawa ke alam bunian.
Team sukarela lain tu biarlah mereka dengan cara mereka. Kami tetap dengan apa yang kami yakini. Kita sama-sama ikhtiarkan dan usahakan insyaAllah boleh membuahkan hasil.
Sekitar jam 10am nanti, mandor dari team elit malam tadi pula akan hadir untuk memberi tugasan seterusnya. Yang ni yang saya tak sabar sebenarnya. Nak tau apa hasil dapatan malam tadi punya ambush.
Untuk hari ini, daripada korang terpengaruh dengan kisah merepek yang kata Acap kahwin alam bunian tak nak balik lah, dah jumpa tapi tak nak itu tak nak ini, JANGAN lah percaya sebab kami di ground ni dah buat macam-macam benda serta usaha, dan semua claim merepek itu langsung TIADA asasnya.
Hanya ada beberapa perawat dan ahli spiritual sahaja yang boleh dikatakan info mereka agak solid dan berasas. Cuma mereka ni langsung TIADA buat apa-apa sesi live atau nak berselfie bagai. Orang yang betul-betul buat kerja mereka akan buat betul-betul. Itu je teman nak kabo...
Apapun doakanlah kesejahteraan kesemua pasukan SAR dan abang Acap yang masih tak putus-putus mencari walau kadang-kadang info yang diterima tu sangat merepek. Kesian saya lihat mereka yang bertungkus lumus ni. Dia punya kesian tu sampai tahap rasa nak pelangkung je perawat jenis sembang ni.
Dia punya sembang kata Acap ada kat bawah gaung nun, hanya keluarga kandung Acap sahaja boleh turun ambil dan orang lain tak boleh. Sampai tahap BOMBA pasang tali dan ikat abang Acap untuk terjun ke bawah gaung. Sampai dibawah gaung, habuk pun tarak. Ada daun kering je la, jejak Acap langsung tak ada. Torak punya perawat, sembang lebih. Tak kesian ke dengan si abang yang dah 15 hari tak balik-balik tu....? Gila betul menyusahkan team SAR je.
Okaylah sekian bebelan pagi ini.
ii) 8 April 2019
Alhamdulillah selesai sudah tugas kami disini.
Tengah hari ini kami beransur pulang. Satu pengalaman yang takkan dilupakan. Misi membantu keluarga Abg Zaid untuk mencari adiknya, Acap yang hilang tanpa jejak.
Kami sudah jalankan tugasan kami sebaik mungkin. Semoga informasi yang kami sudah sampaikan dapat membantu usaha di hari mendatang. InsyaAllah tak lama lagi settle lah tu.
Tak lupa juga kepada team yang padu dan semangat juang yang tinggi. Korang memang terbaik, memang redah tempat yang orang tak masuk punya. Syukur sebab telah berjaya rungkaikan dan sampai kepada konklusi akhir.
Jutaan terima kasih kepada Im Paskal, Uncle David, Abang Annuar, Rizal Tarzan, dan adik Zarul n team.
InsyaAllah persahabatan yang takkan putus. Sama-sama susah redah ke semua tempat tanpa henti dan all out sampai kita semua dpt jawapan bersama dan diserahkan kepada abang Zaid dan wakil PDRM. Hujan panas, terik mendung, sungai lumpur, semua kita dah redah, setakat netizen maki ni apa adahal gais.
Tak lupa juga, terima kasih kepada semua team yang terlibat baik secara rasmi atau sukarela. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pihak MOSARS, BOMBA, PDRM, ATM, dan semua unit lain yang terlibat. Semoga kita sama-sama tabah menghadapi jawapannya nanti.
Jangan bersedih teman... kita semua sudah all out berikan yang terbaik. Tiada lain niat kita semua sama, iaitu hendak membantu orang yang tengah susah dan kehilangan ahli keluarga.
Apapun jawapannya yang akan dibongkarkan oleh pihak PDRM nanti, kita terima dengan hati terbuka. Yang pasti ia akan memusnahkan segala mak nenek teori alam ghaib yang merapu dan meraban.
Tak lupa kepada semua gerakan-gerakan Ahlillah yang terlibat, para scanner, tracker, para pewaris yang Haq, jutaan terima kasih dan Alhamdulillah ala kulli haal kerana sudi membantu kami. Wa Nafaana wa iyyahum bi uluumihim fid Daaraini, Aamiin...
Akhir kata, kepada keluarga Asyraf semoga terus bertabah menghadapi segala jerit perih ini sehinggalah semuanya selesai. Kami disini mendoakan agar satu hari nanti saudara Asyraf tergerak hati hendak pulang dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Ini penting agar kita semua sama-sama dapat mendengar jawapan dan penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri. InsyaALLAH...
Persoalan terakhir, Cui Bono? 😉
"Muncul kecewa, hilang derita."
Sekian dan terima kasih.
Off record...
i) 7 April 2019
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kita bersiaran kembali pagi ini dari basecamp di Gua Tempurung. InsyaAllah team pertama akan berlepas ke lokasi spot signal terakhir Acap diketuai Uncle David sekitar jam 8am nanti.
Gambar : Muhammad Mamzah |
Hampir keseluruhan kawasan pencarian team dan pasukan sukarela kami adalah dibeberapa kawasan hot spot area dan kawasan yang belum dijejaki oleh mana-mana SAR.
Kami menumpukan pencarian secara fizikal dengan dibantu oleh informasi daripada rakan-rakan sukarelawan lain baik secara nyata dan ghaib yang boleh dipercayai sahaja. Cuma kami tak buat apa-apa upacara atau ritual pelik-pelik sebab kami masih yakin Saudara Acap BUKAN hilang dibawa ke alam bunian.
Team sukarela lain tu biarlah mereka dengan cara mereka. Kami tetap dengan apa yang kami yakini. Kita sama-sama ikhtiarkan dan usahakan insyaAllah boleh membuahkan hasil.
Sekitar jam 10am nanti, mandor dari team elit malam tadi pula akan hadir untuk memberi tugasan seterusnya. Yang ni yang saya tak sabar sebenarnya. Nak tau apa hasil dapatan malam tadi punya ambush.
Untuk hari ini, daripada korang terpengaruh dengan kisah merepek yang kata Acap kahwin alam bunian tak nak balik lah, dah jumpa tapi tak nak itu tak nak ini, JANGAN lah percaya sebab kami di ground ni dah buat macam-macam benda serta usaha, dan semua claim merepek itu langsung TIADA asasnya.
Hanya ada beberapa perawat dan ahli spiritual sahaja yang boleh dikatakan info mereka agak solid dan berasas. Cuma mereka ni langsung TIADA buat apa-apa sesi live atau nak berselfie bagai. Orang yang betul-betul buat kerja mereka akan buat betul-betul. Itu je teman nak kabo...
Apapun doakanlah kesejahteraan kesemua pasukan SAR dan abang Acap yang masih tak putus-putus mencari walau kadang-kadang info yang diterima tu sangat merepek. Kesian saya lihat mereka yang bertungkus lumus ni. Dia punya kesian tu sampai tahap rasa nak pelangkung je perawat jenis sembang ni.
Dia punya sembang kata Acap ada kat bawah gaung nun, hanya keluarga kandung Acap sahaja boleh turun ambil dan orang lain tak boleh. Sampai tahap BOMBA pasang tali dan ikat abang Acap untuk terjun ke bawah gaung. Sampai dibawah gaung, habuk pun tarak. Ada daun kering je la, jejak Acap langsung tak ada. Torak punya perawat, sembang lebih. Tak kesian ke dengan si abang yang dah 15 hari tak balik-balik tu....? Gila betul menyusahkan team SAR je.
Okaylah sekian bebelan pagi ini.
Ayah Acap. Sumber : X-Mastika |