-->

April 24, 2018

Meniaga Tepi Jalan & BMW 5 Series..

Oleh : Hafsyam Abu

Meniaga tepi jalan sekalipun, jika betul kaedahnya, halal pendapatannya, rezeki itu Allah janjikan untuk mereka. Jenis pekerjaan bukan pengukurnya, tetapi bagaimana kita mengerjakan dan mengusahakan pekerjaan tersebut sehingga berjaya. Meniaga nasi lemak pun boleh kaya kalau betul caranya. Mari baca perkongsian Hafsyam yang wajar dijadikan panduan buat kita semua, khas buat para peniaga di luar sana.

NIAGA TEPI JALAN DAN BMW 5 SERIES

Alhamdulillah hari ini selesai berniaga tepi jalan dengan jual air balang sahaja. Buat pertama kalinya mencuba inilah 6 ILMU yang dapat. Mungkin boleh dikongsikan untuk mereka diluar sana.




1. BELAJAR DARI PENIAGA BANGLA/INDONESIA

Kita marah apabila ramai warga asing di negara ni. Saya juga tak puas hati. Tapi ada juga perkara yang kita perlu belajar juga dari mereka. Memanfaat kan peluang dan ringan tulang untuk saling membantu.

Hari ini hari pertama saya berniaga. Nak buka khemah pun terkial-kial. Sekilas pandang kelibat baju putih datang terus bantu dan tunjuk cara memasang khemah. Bangla kedai hujung yang datang bantu tanpa dipanggil. Mereka sangat tidak berkira. (Mungkin tidak semua tetapi ambillah yang positif)

2. JANGAN PANDANG RENDAH DENGAN ORANG
Haaa...ini lah yang selalu kebanyakan orang kita fikir. “Apa lah jual air je? Nasi lemak sahaja? Tepi jalan? Ewww no class! Takde masa depan!”

Done membawang?

Kejap....Tengok picture belakang saya tu. Brother sebelah ni siap-siap parking BMW 5 series. Jual apa? Jual pisang goreng dan air kelapa je kak. Saya juga terkejut. Bukan dia sahaja ada lagi yang jual nasi lemak pagi-pagi pun bawa Mercedes. Kau? Membawang jelah. Jadi jangan lah kita pandang rendah kepada usaha orang lain. Kita tak tahu USAHANYA HARI INI MELIMPAHKAN REZEKI DIMASA AKAN DATANG.



3. JALINAN SILATURAHIM ANTARA PENIAGA

Kata lainnya hubungan antara peniaga lain. Selepas beberapa customer datang membeli. Brother sebelah ni pun datang tegur. “Dik yang hujung tu air apa?” Saya jawab lah. “Teh Ais bang”. Di balasnya “Bagi 1”....

Saya kesan itulah jalinan silaturahim yang ingin diwujudkan dalam bentuk ‘support bisnes peniaga lain’. Jadi antara peniaga pun boleh juga support antara satu sama lain. Dan kalau orang dah beli produk kau... kau jangan kayu je tak support bisnes orang tu. Beli lah juga mungkin hari/waktu yang lain.

4. HORMAT MEMGHORMATI

Ini sangat penting. Pernah kita dengar peniaga bergaduh merebut tapak? Tidak bertegur, bermasam muka tak puas hanti sampai santau menyantau? Ini memang berlaku di mana-mana. Jadi tak salah pun kalau kita saling mengalah, hormat menghormati dengan peniaga lain. Yakin lah rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan lah jadi Melayu yang menjatuhkan bangsanya sendiri

5. SOLAT/IBADAH

Ini sangat menyentuh hati saya. Apabila Azan berkumandang brother sebelah terus belari ke masjid belakang. Barang-barang niaga tinggal macam itu sahaja? Ya! Dan yang tolong jaga adalah peniaga bangla sebelah kedai brother tu. Bila brother tu balik ke khemah niaga, Bangla tu pula pergi menunaikan solat. Begitulah bersilih dengan peniaga lain. Inilah cara bagaimana dalam berniaga mencari KEBERKATAN REZEKI.

 
6. SABAR

Yang jenis baru nak berniaga macam saya. Sabar sangat lah penting. Takkan kau semai biji diwaktu pagi, petang kau dah boleh kunyah buah kan???

Jadi kita dah berusaha, tawakal seterusnya bersabar. Yakinlah rezeki itu ada. Alhamdulillah hari pertama niaga lepas juga target

Ehm...Dato Aliff Syukri pun bermula dengan berniaga pasar malam tau sebelum kaya.

Akhir kata “Selamat berniaga kepada semua peniaga/peniaga tepi jalan”