Seorang wanita ditemukan dalam keadaan kurus kering dan bergelumang dalam najis serta timbunan sampah di sebuah rumah di Taman Sri Setia, Kampung Panchor dekat sini malam tadi.
Wanita berusia 44 tahun itu ditemukan oleh jirannya kira-kira pukul 9 malam tadi dalam keadaan yang amat menyedihkan dan berbau amat busuk terkurung dalam ruangan dapur rumah itu.
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika melalui lorong di belakang rumah teres setingkat itu dia terhidu bau amat busuk.
“Kebetulan langsir tingkap terbuka dan saya nampak seorang wanita terbaring di lantai.
“Baunya sangat busuk dan saya ingat dia sudah mati tetapi bila saya panggil dia mengerang seperti sakit. Saya terus memanggil jiran lain, kemudian kami menghubungi polis” katanya di sini hari ini.
Pihak polis yang tiba dilokasi terpaksa memecahkan pintu dapur bagi mengeluarkan mangsa dari rumah itu.
Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita yang dipercayai adik mangsa tiba di rumah itu selepas pulang dari bekerja di sebuah pasar raya.
Wanita berusia 40 tahun itu kemudian ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.
Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
Sumber : Utusan Online