-->

Jun 03, 2018

Kenapa Perlu Ada Silibus Aras Tinggi Untuk Murid Tahun Satu? Sampai Menangis Murid Tengok Soalan Susah Sangat!

Oleh : ZF Zamir


i) 

“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?



Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.

Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 - tahun 3, tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.

Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.

Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?

Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia. Satu yang aku rasa diorang tak faham, nak jadikan anak cerdik bukan dengan jadikan silibus susah, soalan susah, nak jadikan anak cerdik kena banyak beri dia peluang, beri pendedahan, cuba gunakan semua deria dalam kelas, beri ruang dia berkembang, bukan tekan dengan benda yang bukan tahap dia,”


xxx

Ni Whatsapp aku dapat pagi tadi daripada seorang teman. Aku tak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi aku rasa yang penting dia perlu dapat informasi yang betul.

Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.

Aku rasa ini cabaran baru. Untuk bekerja bersama-sama birokrat dalam MOE serta yang paling penting adalah untuk cakap kepada Menteri perkara-perkara yang menyakitkan macam ni.

Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti - supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.

Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang. Supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.

ii) 
 
Tahukah anda hari-hari orang Whatsapp kat aku gambar buku Tahun 1 sekolah kebangsaan sebab nak tunjukkan betapa susahnya silibus nasional kita sekarang?
 
Ni gambar semalam. Buku Teks Matematik Tahun 1. Tadi ada orang hantar soalan peperiksaan pula. Yela la ni kan tengah musim peperiksaan.

Tapi down juga aku tengok ni. Semalam bila aku tanya Cikgu tu, sejak bila pula silibus Tahun 1 jadi gila macam ni? Sebab seingat aku masa aku berhenti 2 tahun lepas macam belum lagi jadi pelik-pelik macam sekarang.

Katanya hujung 2016 ada semakan semula. Tu yang bertukar habis semua aras. Tahukah anda kebanyakan aras kesukaran Tahun 1 ni sebenarnya sama dengan aras kesukaran Tahun 3 sebelum ini?

Dahtu macam manalah anak-anak kita nak rasa seronok pergi sekolah kalau kena belajar benda susah macam ni? Anak-anak umur 7 tahun ni patutnya belajar bermain. Belajar akhlak. Belajar kemahiran motor.

Bukan belajar gundal (gambar 1 & 2)




Atau belajar bundar (gambar 3)



Atau belajar mencongak (gambar 4)



Atau belajar garis nombor (gambar 5)


Macam manalah tak menangis anak-anak ni baca kertas soalan bila kena jawab benda macam ni?

Cuba kita ingat balik masa kita Tahun 1 dulu. Sekolah seronok atau tak?

Kena perah otak fikir soalan macam ni ke tak?

Dan setahu aku, macam mana Majlis Guru Besar (yang berniaga soalan peperiksaan) boleh terima kesukaran aras ini untuk anak-anak berumur 7 tahun?


iii)

Aku faham bila ibu bapa risau dengan isu silibus makin susah ni. Aras Tahun 3 masuk Tahun 1. Aras Tahun 5 masuk Tahun 3.

Tapi aku tak berapa risau dengan anak-anak yang ada ibu bapa macam ni. Mereka masih punya ibu dan bapa untuk bantu mereka siapkan soalan. Untuk tanya jika tak faham. Untuk mengadu kalau markah rendah.

Aku lagi risau dengan anak miskin yang ibu bapa sibuk cari rezeki. Atau anak yatim. Yang tak ada siapa untuk bantu siapkan kerja rumah. Atau anak-anak di rumah flat yang tak ada ruang untuk mereka buka buku pun di rumah.

Ini concern aku sebenarnya. Mudahlah kita nak sembang gundal kat KL ni. Tapi untuk anak orang asli di Merapoh? Kuala Lipis? Serikin di Serawak?

Aku tahu ada Cikgu yang dah mula pertahan silibus susah macam ni. Tuan-tuan, untuk pastikan anak-anak kita mudah belajar dan seronok jadi murid ni, kena mula dengan aras rendah baru naik perlahan-lahan.

Bukan tiba-tiba mula terus dengan aras sukar.

Tapi Tuan-tuan, kalau dah memang kita nak ikut silibus Singapura, tak mahu guna pedagogi cinta dan mahu semua orang berlumba-lumba jadi terbaik jadi cemerlang, hapuskan subjek permainan dan kehidupan bermain anak-anak kita bermula di Tahun 1 lagi dan jadikan hidup mereka di sekolah sebagai sebuah hidup yang penuh dengan tekanan & stress, aku takut nanti bukan apa.

Sekolah jadi penjara & anak-anak kita jadi robot.

Kembalikan semula keseronokan bermain dikalangan anak-anak. Jangan jadikan hidup mereka penuh tekanan macam hidup orang dewasa.