Oleh : Dr Alzamani Mohammad Idrose
Insiden Jururawat & Telefon Bimbit Sambil Mengepam Beg Pernafasan.
1. Apabila semua ventilator (mesin bantuan pernafasan) habis digunakan, pesakit terpaksa dipam dengan tangan hinggalah ventilator dapat dicari. Ini berlaku apabila terdapat terlalu ramai pesakit hinggakan tiada satu pun mesin ventilator yang tinggal.
2. Proses ini mungkin memakan masa berjam-jam - adakalanya hingga 8 ke 10 jam (malah lebih).
3. Untuk mengepam beg pernafasan ini memerlukan kesabaran yang luar biasa tetapi petugas yang ada melakukannya tanpa sebarang soal.
4. Saya melihat video yang tular tentang seorang jururawat yang sedang melihat atau menghantar mesej pada telefon bimbit beliau sambil tangannya yang satu lagi terus mengepam mengikut kadar pernafasan biasa.
5. Dari video tersebut jelas pesakit tersebut berada di wad dan pastinya bukan dalam fasa resusitasi (selesai proses penyelamatan). Pesakit sudah distabilkan dan hanya memerlukan ventilator.
6. Video ini berdurasi hanya selama 27 saat. Anda tidak mungkin dapat melihat baki jam-jam yang dilalui oleh jururawat tersebut mengepam beg pernafasan tersebut.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
7. Pada bulan Ramadan yang mulia ini saya lebih cenderung untuk tidak berburuk sangka. Lebih-lebih lagi jururawat berkenaaan tidak berhenti dari terus mengepam beg pernafasan tersebut.
8. Sekiranya pengepaman ini berlanjutan hingga sepanjang syif, adakalanya seorang jururawat mahu menghantar mesej kepada suami atau anaknya memastikan makanan dibeli untuk anak-anak untuk berbuka puasa atau bertanyakan anak kecil sama ada adakah makanan ada di rumah.
9. Atau juga dia memaklumkan kepada penyelia tentang situasi yang ada. Ataupun membalas mesej dari rakan setugas tentang roster tugas. Atau memaklumkan kepada keluarga yang dia terpaksa pulang lewat.
Segala kemungkinan ada.
10. Saya faham prosedur di Kementerian Kesihatan yang sentiasa akan menjalankan siasatan dengan penuh telus dalam hal ini.
11. Cuma saya amat berharap jururawat berkenaan mendapat keadilan dan tidak dihukum dengan sesuatu yang tidak wajar. Tambahan pula dia diadili (atau ‘ditidakadilkan’) oleh netizen dalam mahkamah media sosial.
12. Yang pasti dan saya sangat pasti, tangannya tidak berhenti mengepam menurut kadar pernafasan biasa sebagaimana yang diperlukan bagi mengganti mesin ventilator
13. Semoga semua jururawat yang tidak lelah bertugas siang dan malam dirahmati Tuhan dan diberikan perlindungan atas semua budi baik mereka yang tidak mungkin terbalas.