-->

Ogos 29, 2018

LaVida Coin Kini Dalam Senarai Waspada BNM.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), operator di sebalik LaVida Coin dalam senarai waspada pengguna kewangan lapor The Star.

"Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan menyeluruh dan hanya menjadi garis panduan kepada orang awam berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM,"
kata kenyataan itu menerusi laman webnya.

 
Senarai terkini mengandungi 423 syarikat.

Pada Isnin, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, pihaknya sedang mengkaji maklumat berkaitan dengan mata wang digital LaVida Coin bagi memastikan sama ada ia melanggar undang-undang sekuriti.

Dilaporkan pada minggu lalu bahawa usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmida Othman atau Datuk Seri Vida merancang untuk melancar mata wang digital LaVida Coin tersebut.