Oleh : Johor Southern Tiger
JANGAN TERPENGARUH DENGAN CYBERTROOPERS
Selepas beberapa siasatan dan kaji selidik menyeluruh yang dilakukan oleh pasukan teknikal kami, dukacita kami maklumkan kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bahawa kelab ini sedang menghadapi serangan dunia siber.
Kami mendapati bahawa 40%-50% komen di halaman media sosial kami, terutamanya Facebook, adalah dari kalangan ‘cybertroopers’ yang telah meletakkan komen-komen di halaman kami dengan memberi tanggapan palsu mengenai segala-galanya.
Untuk maklumat anda, terdapat juga cubaan untuk menggodam laman web dan akaun-akaun media sosial JDT hampir setiap jam setiap hari.
Kami berharap penyokong sejati JDT tidak akan menjadi mangsa taktik ini kerana terdapat pihak-pihak tertinggi yang berkedudukan dan memiliki kuasa ingin cuba untuk memecahbelahkan rakyat Johor dan penyokong JDT.
Kami terpaksa membuat pengumuman ini kerana merasakan adalah perlu untuk berkongsi maklumat ini dengan penyokong JDT, dan kita semua Bangsa Johor perlu bersatu.
Apabila bersatu kita akan semakin kuat.