Oleh : Abdul Rahim Hilmi
Lim Teong Kim tu Pengarah NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan). Dia bukan pengurus skuad B-16 negara sahaja. NFDP ini melatih akar umbi bermula dari skuad B-12 sehingga skuad B-17.
Nak ukur kejayaan LTK ini, kita kena lihat kemajuan semua pasukan yang berada di bawah program NFDP.
Contohnya skuad B-13 jadi juara Iber Costa di Portugal 3 tahun lepas. Mengalahkan skuad muda Sporting Lisbon 2-1. Sporting Lisbon ini kelab yang asah bakat Cristiano Ronaldo dan Luis Figo. Dan kita menang.
Terkini Jun tahun ini, skuad B-14 menang trofi Vogido di Belanda. Kejohanan ini bukan calang calang penyertaannya. Skuad B-14 China, FC Basel dan Bayer Leverkusen antara yang turut sama mencabar. Tetapi kita menang. Malahan pemain Malaysia Nabil Zainuddin dipilih pemain terbaik kejohanan dan Zulhilmi Sharani pula menerima anugerah penjaga gol terbaik. [1]
Sebulan sebelum itu, skuad ini juga menang Whitsun U-14 Challenge di Dortmund, Jerman. Menjadi juara kumpulan dan menumbangkan kelab Denmark FC Midtjylland 4-0 pada perlawanan akhir. Pasukan senior kelab ini adalah Juara Liga Super Denmark musim lepas. Kelab ini juga adalah kelab pertama di Denmark yang mempunyai akademi bola sepak dan paling banyak melahirkan bakat muda untuk negara tersebut. Kelab ini dah ada 14 tahun program akademi muda yang tersusun, boleh kena buli dengan skuad negara yang baru 4 tahun buat program NFDP.
Sebab itu saya berani sebut menteri sukan kita ini terlalu mentah apabila menilai prestasi LTK hanya untuk satu skuad sahaja. Dan kebodohan paling utama adalah apabila beliau mempertikaikan gaji LTK sebanyak Rm175,000 sebulan. Seolah olah beliau tidak tahu harga pasaran.
Gaji LTK itu hanyalah kira kira €8000 seminggu. Dan mengambilkira reputasinya selaku jurulatih skuad muda Bayern Munich dan pernah melahirkan pemain bernilai tinggi seperti Thomas Mueller, gaji itu sebenarnya munasabah.
Terutama apabila kita membandingkannya gaji Jupp Heynckes, pengurus Bayern Munich pada 2013 (tahun akhir perkhidmatan LTK di Bayern) adalah kira kira € 100,000 seminggu.
Sepatutnya benda benda ini cuma perlu buat post mortem dan cadangan penambahbaikan. Bukannya diumum seolah olah macam nak kata LTK ini makan duit rakyat tanpa buat kerja.
Kalau kita persoal gaji dia sebagai MP, menteri dan elaun-elaun lain yang berpuluh ribu tapi tiada hasil signifikan tu macam mana pula?
Dan kalau benar-benar nak tutup NFDP kerana nak jimat duit [2], yang pergi isytihar nak buat pasukan MotoGP tu pakai belanja air liur ke?
Sumber :
--------------------------
Sebab itu saya sebut, adalah satu masalah besar apabila kita lantik budak jadi menteri.
Mungkin niat dia ni baik untuk promosikan E-Sport. Tetapi dengan membuat jemputan terbuka kepada orang media/ artis untuk bermain game FIFA di pejabat itu boleh merendahkan taraf menteri sendiri. Ia akan menjadi precedent case kepada penjawat awam lainnya untuk bermain game, melayari media sosial atau YouTube dengan menggunakan kemudahan / premis kerajaan. Ya lah, menteri boleh, takkan kami kerani ni tak boleh?
Ia juga boleh dilihat sebagai bercanggah dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007 Perkara 9.13.
Sebenarnya saya pun main PES di pejabat dahulu. Boss saya main DOTA. Tapi kami pun tak ada lah panggil kawan2 dari luar main sama-sama siap umum dalam twitter.
Ulang sekali lagi. Jangan bagi budak jadi menteri.