-->

September 19, 2018

Melayu Yang Hairan Dengar Orang Bukan Melayu Fasih Cakap Melayu Patut Hairan Kenapa Dia Sendiri Hairan!

Oleh : Samantha Tan


Baru baru ini - Budak budak ofis terkejut selain boleh bertutur dengan Bahasa Melayu dengan fasih bagaimana saya boleh kenali loghat Bahasa Melayu dari negeri lain.

Selain daripada pendekatan Bahasa Melayu dari zaman sekolah. Kisah bagaimana saya boleh faham dan bertutur jugak dengan loghat utara. Puncanya adalah masa saya di PLKN. Kebetulan salah satu kem di negeri Kedah tutup dan kesemua jurulatih yang asalnya Kedah semuanya ditempatkan di Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai.

Maka daripada situ nak tak nak saya didedahkan dengan loghat utara yang pekat dan secara tidak langsung saya turut belajar dan faham.

Antara yang saya boleh ingat bila awal pagi, jurulatih akan marah kalau kita semua lambat bangun.

'Dah pukui berapa, hampa semua tak mangkit lagi'

Pada mulanya tak faham. Tapi lama lama akan faham.

Dan bila masuk diploma di UPSI. Roomate pertama saya berasal dari Kelantan. Ayat pertama yang saya belajar bila saya dan housemate (asal Kedah) bertanya kepada dia 'Nak makan tak?' Dia jawab balik 'Toksey'. Terpinga pinga kejap weiii. Rupanya toksey dalam loghat Kelantan ialah 'Tak Nak'.

Dua tahun saya duduk diorang. Housemate sorang lagi pun berasal Kelantan. Tambah pulak masuk degree teater pulak kena belajar Mak Yung. Nak tak nak kenolah kecek kelate. Tapi tak boleh kecek lancar mana pun.

Ketika zaman degree pulak, ramai di antara rakan sekelas berasal dari Sabah. Setiap hari dengar diorang bertutur Sabah. Mau tak lekatnya bah bah bah tu. Sampai kadang kadang orang pun turut ingat saya berasal dari Sabah.

Al kisahnya, saya bukanlah sesiapa tapi hanya seorang amoi anak jati Teluk Intan yang terlebih makan sambal belacan mungkin yang fasih berbahasa Melayu dan juga seorang pencinta baju tradisional Melayu.

Syukur diberi peluang untuk mengenali kalian semua. Panjang lagi ceritanya tapi kita pendekkan lah.

Apapun, perkara sebegini haruslah diambil tahu walaupun anda bukan bangsa Melayu. Namun, sebagai bangsa Malaysia anda wajib tahu. Bukan hanya kepada bangsa Melayu sahaja, namun bangsa lain jugak.

Bak kata orang, sebelum kita nak orang lain faham kita, apa kata kita amik satu langkah inisiatif untuk faham orang lain dulu. - SoZPress.