-->

September 10, 2018

Sudah-Sudahlah Nak Salahkan Mangsa Rogol..

Oleh : PU Firdaus
 

Berikutan kes rogol bawah umur, yang mangsa umur 16 tahun di Taiping.

Saya ada terbaca komen-komen, ada orang persoalkan kenapa mangsa itu tak bersekolah, dan kenapa dimanjakan, dibiarkan anak-anak menjadi liar.




Maka saya di sini terpanggil untuk balas balik dakwaan tersebut. Begini: Bila berlaku kejadian rogol, yang bersalah adalah perogol. Bukan mangsa. Kalau kau nak cakap mangsa rogol juga bersalah kerana "menyumbang peluang" (contributing factor), maka aku berani cakap kau bodoh.

Pakaian seksi, bukan faktor rogol. Dia liar setara mana pun, dia nakal setara mana pun, dia sekolah tak sekolah, aku berani cakap dia tak bersalah untuk kejadian rogol, dan dia tak patut dirogol. Kalau nak guna hujah "contributing factor", aku pun boleh cakap benda yang sama anak-anak tahfiz yang dirogol ikut lubang punggung (sebut: liwat), mereka semua berpakaian sopan hingga menegangkan konek pak ustaz dan abang abang senior yang penuh fantasi seks terlarang, maka adakah anak-anak tahfiz itu mewujudkan contributing factor?

Tak, kan?

Maka pergi jahanam dengan kau punya hujah contributing factor. Mangsa rogol tak pernah bersalah. Ianya sepenuhnya jatuh pada perogol.

Dan kalau bercakap tentang maruah, maruah mangsa rogol tak pernah terjejas. Kalau kau yang rogol orang, maruah kau yang jatuh sebenarnya. Kenapa masyarakat kita anggap kalau gadis itu dirogol, maka maruah, kesucian dia telah tercemar?

Kesucian pala buto apa sial? Kesucian apa? Maruah jatuh celah mana? Mana ada konsep kesucian gadis tercemar apabila dirogol. Habis kalau adik perempuan kau, kakak kau dirogol, kau nak suruh diorang buat apa? Mandi bersabun? Telan Clorox? Tak, kan?

Sejak dulu lagi, konsep "kesucian dicemari" tu lah yang banyak buat mangsa rogol jadi traumatik. Jadi tak berani nak melawan. Bunuh diri sebab malu. Mentaliti toksik patriarki ini lah yang membuatkan gadis mangsa rogol dianggap "inferior", lemah... dan akhirnya akan menyebabkan kaum lelaki itu sendiri yang terima padah, as if lelaki ini akan fully being responsible when a women is subjected to him. Pendek kata, mentaliti patriarki ini hanya akan memudaratkan baik wanita mahupun lelaki kedua-duanya sekali.

Yang patut bunuh diri sebab malu adalah perogol. Bukannya mangsa rogol. Tu pun belum tentu si perogol ada rasa "guilt".

Sudah-sudahlah salahkan mangsa rogol, atau salahkan ibu-bapa mangsa rogol. Kau nak salahkan orang, pergi salahkan perogol solely on him / them. Kalau kau nak salahkan lagi orang lain, kau kena salahkan semua orang sebab kita masyarakat gagal wujudkan kefahaman berkenaan consent, equality, statutory rape, safe sex, dan sebagainya.