-->

Oktober 22, 2018

Sosmed Huru Hara Bila Kaum Tamil Klaim Sejarah Melayu Melaka Kepunyaan Mereka.

Sejak beberapa hari lepas perkataan seperti Chola, Tamadun Melayu dan Parameswara menjadi heboh diperkatakan sana sini di sosial media terutamanya oleh pencinta-pencinta sejarah tanahair.

Parameswara bukannya orang India..



Klaim jangan tak klaim..



Semua ini dilaporkan bermula apabila terdapat seorang individu yang berbangsa India membuat satu lagu yang mendakwa Parameswara ialah berketurunan India.



Lagu itu juga katanya adalah kesinambungan dari satu pementasan teater yang claim sejarah Parameswara ada kaitan dengan India.

Berang dengan dakwaan itu, beberapa aktivis sejarah kemudiannya bertindak menafikan ia dalam beberapa penulisan. Antara The Patriots, Srikandi dan Mohd Salleh Mazukhi.

Dan berikut adalah penulisan Mohd Salleh Mazukhi

Sekarang ni dah heboh tentang satu theater yang akan di pentaskan. Theater ni cuba menggambarkan dan mendakwa bahawa kerajaan kerajaan Melayu silam didirikan oleh orang orang dari India Selatan (kononnya raja Chola dari Tamil Nadu).

Adoii la... awat la depa ni lagu ni....
Apa punya parpu punya dok ada.....

Ni atok punya hujah pulak;

1. Hampir semua kerjaan kerajaan Melayu adalah kerajaan kerajaan maritim yang orang orangnya mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal, ilmu belayar dan ilmu laut. Tunjukkan kepada atok contoh teknologi pembinaan kapal orang india selatan, ilmu belayar dan ilmu laut orang india selatan, jangan cuba nak kelentong, atok dah khatam ke tiga tiga cabang ilmu tersebut.

2. Alam rumpun Melayu lambang senjata peribadinya adalah keris. Tak ada bangsa lain di dunia ni yang guna keris sebagai lambang senjata peribadi. Orang india selatan ada pakai keris ka?

3. Busana;


Busana biasa lelaki Melayu zaman dulu adalah seluar, baju Melayu, ikat pinggang atau samping , tanjak. Yang wanita pula samada baju kurung atau jenis kebaya. Orang india selatan ada pakai benda ni semua ka? yang saya tahu depa pakai kain pulikat cap gadja sampai la ni.

4. Sebutkan satu lokasi di semenanjung Tanah Melayu yang dijumpai kuil lama hindu yang dah purba, dalam hutan ka, dalam gua ka? Tiada. Jadi tang mana yang kata orang Melayu dulu berugama hindu? Kalau orang india selatan yang menubuhkan kerajaan kerajaan Melayu tentulah kita boleh jumpa banyak kuil kuil hindu purba di mana mana. 


Tapi tiada, yang ada cuma yang baru contohnya di Batu Cave, Maran dan beberapa tempat lain. Orang Melayu dulu dulu sebelum kedatangan Islam kepercayaan mereka sama seperti orang asli, iaitu percaya kepada semangat alam, contohnya hingga tahun 1960 hanya masih ada kepercayaan kepada tempat tempat keras (pokok, busut batu dan lain-lain), adat buang ancak di laut, adat semah pantai , menurun dan lain lain. Orang asli pun tak pernah sembah berhala. Jadi tang mana yang kata orang Melayu semenanjung dulu-dulu berugama hindu?

5. Warna kulit;


Hampir semua orang Melayu berkulit sawo matang, kalau yang gelap sikit pun hanya sawo matang gelap  tak sama macam warna kulit orang india selatan.

6. Makanan;


Dari zaman dulu sampai la ni makanan ruji orang Melayu adalah nasi dan lauk siap ada masak lemak cili api, sambal tempoyak bagai. Dalam tradisi Melayu lama pun tak ada makanan ruji roti cicah kuah parpu macam orang india. Orang india ada masak lemak cili api, sambal belacan, masak lemak tempoyak ka?

7. Bahasa;


Dari sudut bahasa rumpun Malayo polinesia dari segenting Kera hingga ke Hawai, banyak perkataan yang sama terutama sebutan angka satu sampai 10. Tulah dia kelompok bahasa austronesia, bukan bahasa tamil. Kalau orang india selatan yang bina kerajaan kerajaan Melayu tentulah bahasa tamil tu yang berkembang luas.

8. Nama nama tempat;


Dari zaman tok Nadoq dulu pun nama nama tempat di Semenanjung, dan seluruh asia tenggara adalah perkataan lokal terutamanya bahasa Melayu, contohnya Kuala Kedah, Kuala Kerian, Klang, Palembang, Jambi, Muara Takus dan lain lain. Kalau betul orang India selatan yang asaskan kerajaan kerajaan Melayu tentulah banyak nama tempat yang guna bahasa depa. Tapi tiada ..

9. Kalau betul orang orang india selatan pendiri kerajaan kerajaan Melayu silam, di mana pewaris dan keturunan mereka. Yang paling lama pun hanya kaum Chety di Melaka, itu pun adalah berasal dari pedangang dari India selatan yang menetap di Melaka ketika zaman kegemilangan Melaka, tu pun bukan pendiri kerajaan Melaka cuma zuriat pedaggang yang menetap di Melaka. Jadi kalau orang orang india selatan yang mendirikan kerajaan Melayu silam tentu masih ada keturunan mereka macam kaum Chety di Melaka yang masih ada sampai hari ini. Tapi tiada.

10. Atok pun heran, pasai apa depa dok kalut nak claim bahawa depalah asal usul pendiri kerajaan kerajaan Melayu silam? 


Seingat atok orang Melayu tak pernah claim bahawa orang Melayu yang menubuhkan kerajaan di India, Arab , atau Afrika. Tarak. Orang Melayu tak ada masa nak buat kerja claim tu semua.