-->

Oktober 26, 2018

470,000 Uyghur Terkeluar Dari Kelompok Miskin Tegar Di Xinjiang & Ini Adalah Sebabnya.

Oleh : Zainulfaqar Yaacob

470,000 Uyghur terkeluar dari kelompok miskin tegar di Xinjiang kerana ‘program sokongan’ pemerintah China.


Tidak seperti Kerajaan Persekutuan Malaysia yang mahu membasmi kemiskinan tetapi enggan berbelanja lebih (deficit spending) untuk mewujudkan program sokongan bagi mengeluarkan rakyat daripada kelompok miskin tegar.

Sejak tahun 2014 lagi, pentadbiran Republik Rakyat China berbelanja berbilion mata wang negara Yuen dalam ekonomi, demi mewujudkan program pembinaan infrastruktur awam serta industri berkapasiti tinggi.


Bagi Presidennya Ji Xinping, rakyat terbabit boleh dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar sekiranya Kerajaan sendiri menganjurkan ‘program sokongan’ secara real material dan bukan cakap-cakap retorik sahaja.

Menurutnya, sistem hidup rakyat termasuk etnik Islam Uyghur boleh diolah ke sistem sosial yang lebih baik, dengan mengubah infrastruktur material dalam kehidupan mereka.

Pejabat Pembasmian Kemiskinan di kawasan berkenaan mendedahkan dalam tempoh tahun 2014 hingga 2017 sahaja menyaksikan hampir 470,000 isi rumah daripada keseluruhan 1.85 juta penduduk Xinjiang berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar, lapor Xinhua pada 24 Oktober 2018.

Dalam tempoh sama, kadar buruh miskin kira-kira 22.84% turut susut menjadi 11.57%, lapor portal antarabangsa itu lagi.

Pentadbrian Ji Xinping sejak tahun 2014 turut berbelanja lebih untuk pelaksanaan pelbagai program sokongan lain meliputi industri pelancongan desa, pendidikan awam serta penjagaan kesihatan, demi melonjak pertumbuhan ekonomi tempatan dan menggandakan pendapatan isi rumah penduduk.

Difahamkan, pada tahun 2017, lebih 6.1 bilion Yuan (879 juta Dolar Amerika Syarikat) dilaburkan di rantau ini demi membasmi memerangi kemiskinan.

Lebih 80% daripada pelaburan bernegara dilimpahkan di empat wilayah selatan iaitu Hotan, Kashgar, Aksu dan Kizilsu Kirgiz, yang rakyatnya rata-rata tinggal dan berasal dari Gurun Taklimakan.

Gurun Taklimakan merupakan padang pasir terbesar di China dan padang pasir pasir kedua terbesar di dunia.

Penduduk di wilayah tandus ini berdepan cabaran hidup seperti cuaca terik tak menentu, yang menyumbang pada kemiskinan tegar mereka selama beberapa dekad.

Menurut sumber, pada tahun 2017 menyaksikan lebih 1.33 juta rakyat yang hidup di kawasan tandus itu dikategorikan hidup susah dan miskin.

Bagaimanapun, kira-kira 410,000 rakyat terbabit dari keempat-empat wilayah tersebut dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar, disebabkan “Planned Economy” oleh Kerajaan Republik Rakyat China.

Walaupun faktor alam semulajadi wujud, pentadbrian Ji Xinping telah membuktikan program sokongan secara material seperti Program Basmi Kemiskinan anjuran Kerajaan berjaya dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sahaja sejak 2014.

Pada tahun lepas, terdapat lebih daripada 1.33 juta orang yang hidup dalam kemiskinan yang melampau di kawasan ini.

Bagaimanapun, kira-kira 410,000 penduduk miskin di empat wilayah itu dijangka diangkat dari kemiskinan mengikut pelan pelepasan kemiskinan selama tiga tahun.

Memetik laporan berita antarabangsa Xinhua lagi, Ahmat Abdullat adalah contoh utama rakyat yang berjaya dikeluarkan daripada kelompok kemiskinan, apabila Kerajaan ada program sokongan secara real material.

Beliau pernah menjadi petani miskin di Bandar Tetir, Kashgar di mana dia hidup dengan bercucuk tanam dan menjual walnut, selain membuat kerja-kerja sambilan yang lain.

Ahmat mengambil bahagian dalam kursus latihan yang dihoskan oleh tekstil berasaskan Shanghai dan perusahaan pakaian pada awal tahun ini.

Menghargai program sokongan Kerajaan, dia kini menjadi penyelia keselamatan bengkel perusahaan dan memperoleh sekitar 2,500 Yuan sebulan.

Beliau berkata tugasnya kini adalah membantu anggota keluarga yang lain untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Sementara itu, seorang lagi responden iaitu Awarigul Tetir telah bekerja untuk syarikat buah buatan Shanghai selama dua tahun di Kashgar.

Beliau sangat bangga dengan tugasnya, sambil berkata, "Saya hanya mahu bekerja lebih keras dan mendapat lebih banyak, supaya saya boleh menghias rumah saya dan menjadikannya lebih cantik dan selesa."

END