Oleh : Cen Polo
Kat group whatsapp, selalu juga si Nurul Ashikin up cerita pedophilia tapi aku sekadar baca sepintas lalu tak berapa ambil serius. Minda aku masih berfikir di Malaysia kes² pedophilia masih terpencil. Hingga lah baru² ni aku berborak dengan seorang kawan berkenaan pedophilia ni.
Baru² ni kawan (perempuan) kepada kawan aku ni block kesemua kawan² lelaki di akaun instagram. Sebab? Dia rasa takut. Sebab di akaun instagram peribadi dia tu selalu dia post gambar anak² saudara dia. Comel kan. Budak baru 3,4 tahun siapa tak suka ye tak?
Nak dijadikan cerita, kawan ni dapat tahu gambar anak saudara dia ni 'dicuri' dari akaun instagramnya, dijadikan modal bersembang lucah di group kaki² pedophilia ni. Aku tak pasti la group kat fb atau whatsapp. Bagaimana dia dapat tahu tidak pula aku tanya. Kau bayangkan lah dalam group tu pakat dok borak pasal gambar tu, "eh gebu nya...ni mesti banyak air...nii kalau dapat henjut memang sedap..." itu contoh lah. Ikutkan lebih dasyat dari ini pun ada. Kau bayangkan tahap imaginasi setan² ni. Budak baru 4 tahun kot. Si kawan kepada kawan aku ni punya la paranoid terus dia block semua followers lelaki dia tak kira kenal atau tidak. Dia dah tahap trauma.
Seakan² tersentak dengan cerita yang terjadi kepada kawan kepada kawan aku sendiri aku pun buat la sedikit pembacaan pasal pedophilia ni. Menyeramkan. Mengikut statistik ibu pejabat polis Bukit Aman, terdapat 4,998 kes individu yang dilaporkan hilang pada tahun 2013 dan hanya 2,382 orang berjaya ditemui semula. 45% kes orang hilang membabitkan remaja & kanak² berusia 18 tahun ke bawah. Selain untuk tujuan pemerdagangan kanak² dalam kebanyakan kes penculikan, ramai percaya pedophilia pasti menjadi salah satu motif.
Ingat kes kematian adik Nurin Jazlin yang mati pada 2007? Mengikut laporan forensik, kemaluannya disodok dengan timun & terung oleh pelaku. Dasyat kan?
Pedophilia ni mengikut ramai pakar adalah sejenis sakit mental. Seseorang yang berkeinginan untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak². Sering kali pedophilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak² lelaki mahupun perempuan secara seksual. Pesakit mental ini aku percaya makin ramai di luar sana. Sementelah kini dengan perbagai teknologi, sumber pornography di hujung jari. Nak terpengaruh & terjebak cukup mudah. Bila nafsu memuncak, tidak tempat nak dilempiaskan, maka terjadilah kes culik kanak² & pedophilia.
Dengan umur yang menginjak dewasa, punyai saudara & kawan² yang punyai anak yang tengah membesar aku cukup risau akan penyakit ni. Nak pesan kepada semua terutama pada diri sendiri, ambil tahu lah pasal pedophilia ni, ajar anak² bagaimana menjaga keselamatan diri bila berada di luar rumah. Latih anak² agar tidak membenarkan sesiapa sahaja memegang kemaluan mereka. Latih juga mereka untuk menolak jika mahu diletakkan atas riba. Banyak lagi lah yang disebut oleh pakar untuk diajarkan kepada anak². Bacalah.
Satu perkara yang aku tak faham pada golongan pedophilia ni. Bila mereka tengah berimaginasi seks dengan mana² gambar kanak², tidakkah mereka punyai anak sendiri? Kalau tidak punyai anak sendiri pun mungkin anak saudara. Tidak pun adik kandung yang masih kecil. Bayangkan kalau darah daging mereka sendiri yg jadi 'bahan' pedophilia ni. Tak runtunkah hati mereka? Hilang sudahkah kemanusiaan dalam diri? Tapi doktor sendiri klasifikasikan pedophilia ni sebagai sakit mental. Maka apa nak dikata, ye tak? Orang dah tenat mentalnya mana ada pertimbangan akal lagi.
Mahu tak mahu kita yang masih waras & tidak sakit mental ni, jagalah keselamatan anak masing². Jika dapat tahu ada kes tak kisahlah melibatlah sesiapa pun segera buat laporan.
Yang risau,
Cen
(gambar sekadar hiasan)
Kat group whatsapp, selalu juga si Nurul Ashikin up cerita pedophilia tapi aku sekadar baca sepintas lalu tak berapa ambil serius. Minda aku masih berfikir di Malaysia kes² pedophilia masih terpencil. Hingga lah baru² ni aku berborak dengan seorang kawan berkenaan pedophilia ni.
Gambar - Ihsan Google |