Hanya RM1 sekilogram. Itulah bayaran yang diterima penoreh getah yang memerah keringat dari pagi hingga tengah hari di kebun yang disewa mereka.
Dengan harga serendah itu, mereka mengikat perut dan terpaksa berhutang demi membeli sekilogram beras untuk keperluan seisi keluarga.
Ikan tamban masin dan ulam pucuk pelam yang dikutip sekitar rumah adalah makanan harian mereka.
Azmi Ahmad, 57, berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa meneruskan kerja yang sudah sebati dengan diri sejak lebih 30 tahun lalu demi mencari sesuap nasi.
“Harga sekarang ini RM2 sekilogram, tetapi kerana menyewa perlu bahagi dua bersama pemilik kebun jadi dapatlah RM1 sekilogram. Dalam 10 hari menoreh dapatlah 120kg selepas ditolak dengan pemilik, dibahagi secara harian dapatlah RM12 sehari.
“Tiga anak masih bersekolah. Seorang RM3 sehari, baki yang tinggal dekat saya RM3 saja...itu kalau cuaca baik, kalau musim hujan terpaksalah berhutang dengan peraih,” katanya yang mengakui sudah berhutang lebih RM4,000.
Perkara sama dikongsi Anuar Abdullah, 48, yang mengakui hidup begitu perit susulan harga getah yang rendah.
Dia yang mempunyai enam anak bersekolah terpaksa mengharapkan ihsan saudara-mara membantunya sekeluarga khususnya apabila musim hujan.
“Macam saya dengan isteri, kami tiada masalah jika makan nasi dengan ulam atau ikan masin hari-hari. Jika budak-budak ada masa mereka nak juga makan ayam,” katanya.
Tiada apa yang diharapkan mereka selain kerajaan dapat menetapkan harga siling bagi getah dan sebolehnya RM4 sekilogram.
Bagi mereka walaupun hanya memperoleh RM2 sekilogram selepas dibahagi dengan pemilik kebun, ia sedikit sebanyak dapat memberi harapan baru kepada mereka.
Sumber : Harian Metro