-->

Mac 12, 2019

Alhamdulillah, Kerongsang Tu Dah Keluar

Alhamdulillah, Kerongsang Tu Dah Keluar,ok!: “Saya bersyukur sangat tambahan pula kerongsang itu keluar sebaik sahaja azan Asar berkumandang hari ini,” kata Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, ketika ditemui di Wad Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, Kerongsang Tu Dah Keluar


“Ternyata doa rakan media sosial amat mustajab sehingga kerongsang itu bukan sahaja dapat keluar, malah pinnya juga tertutup dan tidak mencederakan anak saya.

Noor Amira Shyuhada, ibu kepada bayi berusia sembilan bulan, Nur Qhaulah Ramadhani Mohd Kamal Azhar yang tertelan kerongsang dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu, 9.30 malam tadi.

Kejadian itu tular di laman sosial selepas Noor Amira Shyuhada memuat naik posting meminta warga media sosial mendoakan keselamatan anaknya di Facebook.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana ada beberapa individu mengecam dan menuduhnya tidak tahu menjaga anak.

“Ketika baca komen segelintir warganet yang mengutuk dan mengecam, saya amat tertekan apatah lagi masa itu kerongsang masih berada dalam badan anak saya.

“Padahal, saya buat ‘posting’ (hantaran) di Facebook untuk minta orang ramai doakan keselamatan anak saya sahaja.

“Hanya kata-kata suami (Mohd Kamal Azhar Khalid, 36) yang menasihatkan saya supaya tidak mempedulikan kutukan itu berjaya kembali menguatkan semangat saya.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, dia juga bersyukur kerana ramai yang memberi sokongan ketika dia tertekan berikutan kejadian berkenaan.

“Alhamdulillah, tidak lama kemudian, kerongsang yang berada di dalam badan anak keluar sendiri melalui najisnya,” katanya.

Kredit
Harian Metro

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!