-->

Mac 08, 2019

Peniaga Amok Tiada Lesen Kata Menteri.

SEMASA | Peniaga di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur yang dilaporkan mengamuk beberapa hari lepas kerana barang perniagaannya disita tidak memiliki lesen.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah, Khalid Samad ketika ditanya pihak media. 
 

"Kalau tengok video itu, gerai itu sahaja dirobohkan gerai sebelah tak diganggu. Operasi dilakukan ke atas gerai itu sahaja sebab tak berlesen. Kalau sudah tak berlesen walau bangsa apa sekali pun akan diambil tindakan," katanya.

Terdahulu tular satu rakaman video mengenai seorang peniaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan DBKL kerana merampas barang perniagaannya.

Peniaga itu bersama seorang wanita yang dipercayai adik beradiknya, menjerit bahawa DBKL hanya serang orang Melayu sahaja.


BACA : PENIAGA FOODTRUCK MENGAMOK GERAI DISITA
 

Tetapi, dakwanya, orang Cina dan warga asing yang berniaga tidak diambil tindakan.

Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Sebenarnya yang ini (tindakan) untuk Melayu saja, yang Cina semua tak ada ini semua tak betul. Pasal malam sebelum itu ada juga gerai-gerai Cina dekat Wangsa Maju yang dikenakan tindakan.

"Kita minta semua bertenang. Yang tidak lesen itu janganlah kamu timbulkan masalah merumitkan keadaan lagi,"
jelasnya lagi.