Nampaknya kecaman yang diterima oleh PU Abu Sufyan berjangkit kepada kisah lagi pula. Jika sebelum ini PU Abu Sufyan dikecam kerana meninggalkan isteri sarat mengandung demi mengejar janda kaya dan menceraikan melalui WhatsApp sahaja, kali ini PU Abu Sufyan dikecam kerana membuli dan memalukan kanak-kanak.
Netizens mengecam tindakan itu kerana tidak mencerminkan sikap seorang ustaz.
PU Abu Sufyan dikatakan telah membuka baju seorang kanak-kanak lelaki sehingga ternampak di bahagian dadanya, dan membuat aksi memerah susu bagi tujuan memalukan dan mengaibkan kanak-kanak lelaki itu.
Kesan dari perbuatan itu, kanak-kanak lelaki tersebut terpaksa berpindah sekolah kerana trauma dan menjadi mangsa ejekan murid lain.
Kisah berkenaan dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut, Zahara Mohd Yusof di Facebooknya semalam.
"Tengah scroll-scroll Facebook. Tetiba nampak posting kat FB pasal ustaz PU Abu Sufyan ni. Kisah tentang dia ceraikan isteri yang baru 2 bulan dinikahi semata-mata mengejar si janda @ ibu tunggal. Kesian pada si isteri dan anak yang bakal dilahirkan.
Aku sendiri pernah ada peristiwa hitam dengan PU Abu ni. Ank aku, Akmal Hareez pernah dimalukan dalam kelas sewaktu beliau beliau mengajar di Sekolah Agama Al Furqan Bandar Baru Selayang. Apa yang aku nak ceritakan ni bukan sebab nak aibkan dia tapi aku bengang dengan ego dan sikap dia masa tu.
Alkisah terjadi pada tahun 2016, ketika anak aku darjah 3. Dia selalu menangis dan mengadu pada aku kerana kerap dibuli oleh ustaz ni. Pada mulanya aku malas nak amik peduli sangat aduan anak aku. Sebab aku fikir anak aku ni manja sangat. Tapi bila sampai 1 tahap dia dah taknak pergi sekolah aku pun mula lah marah.
Aku pun tanya pendapat mak aku. Mak aku cakap mende ni tak boleh dibiarkan dan kena mengadap ustaz ni. So aku, suami dan mak aku pun pergilah ke sekolah. Sebelum tu minta izin dengan ketua guru di sekolah agama tu skali. Dan ketua guru tu pun terkejut dengan aduan anak aku.
Oh ya... anak aku ni jenis bambam orangnya. Ustaz ni suruh anak aku ke depan kelas dan ustaz ni bukakkan baju melayu anak aku sampai nampak tetek dia. Pastu dia boleh perah tetek anak aku depan 1 kelas sambil suruh satu gelakkan dan standby baling botol air pada ank aku. Menggigil ketakutan anak aku waktu tu. Yela anak aku tu walaupun baru darjah 3 tapi badan dia agak besar...
Bila ustaz ni dipanggil ke bilik guru, mak aku pun soal la kenapa buat macam tu. Oh ya... mak aku ni bekas penolong kanan dan bekas cikgu disiplin. So dia memang tau semuanya etika seorang guru. Ustaz tu selamba je cakap dia nak bergurau. Maka makin marahla ketua guru tu bila dengar jawapan selamba ustaz ni. Langsungg takde rasa bersalah aibkan anak aku sampai tahap macam tu.
Endingnya dia minta maaf itupun selepas diminta oleh ketua guru tu. Nampak sangat dia bengang dan tercalar ego time tu. Tapi kesan yang dia buat pada anak aku tu menyebabkan anak aku diejek sehingga aku terpaksa tukarkan dia ke sekolah agama yang lain. Aku pun tak faham kenapa perlu dia aibkan anak aku sampai macam tu sekali padahal dia seorang ustaz.
Tapi kini bila baca pasal ustaz ni, aku sedar yang dia pun hanya hamba Allah yang biasa. Bukannya maksum. Cuma aku ralat dia masih tak berubah," katanya mengakhiri penulisan itu.
PU Abu Sufyan tidak mengulas mengenai dakwaan tular itu setakat hari ini. Bagaimana isu mengenai rumahtangganya, beliau berkata akan memberikan penjelasan dalam masa yang bersesuaian kelak. - 21 April 2019.