-->

April 30, 2019

Jangan Sokong Pemimpin Pro Syiah Kata RORA.

SOSMED | Penyebaran gambar Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu yang bersolat dengan batu karbala terus mencetuskan perdebatan hangat dikalangan netizens. 

Gambar itu pada mulanya disebarkan oleh pegawai Muhammad Sabu sendiri di akaun Facebooknya sebelum dipetik oleh netizens lain dan mencetuskan polemik dikalangan pemerhati politik tanahair.

Gambar itu diambil pada hari jumaat, 26 April 2019, ketika Menteri Pertahanan itu dalam lawatan kerja ke Iran. Muhammad Sabu ketika itu menunaikan solat jumaat berimamkan syiah dan diatas sejadahnya dilihat mempunyai batu karbala.



 
Mengulas isu penyebaran gambar itu, Pakar Hadis, Ustaz Rozaimi Ramlee secara sinisnya menyeru agar umat Islam menolak mana-mana pemimpin politik yang terkait dengan ajaran Syiah kerana menurutnya ia merupakan isu akidah dan terkeluar dari ajaran Ahlussunnah.

RORA juga sempat menyindir pihak tertentu yang dianggapnya terkulai layu kerana gagal mengkritik apabila pemimpin pujaan terlibat dalam ajaran Syiah.


"Sedari dulu saya konsisten tentang syiah dan penganutnya. Mereka terkeluar dari ajaran Ahlussunnah Wal Jamaah. 


Jika ada pemimpin politik yang menganut fahaman ini, rakyat perlu menolak mereka dalam PRU akan datang.

Isu akidah merupakan isu yang merentasi parti politik. Amat mengecewakan jika ada sebahagian pihak hanya layu membisu tatkala tokoh pujaan mereka membela golongan syiah tetapi tiba-tiba bertukar menjadi garang tatkala tokoh lawan mereka cenderung kepada syiah,"
katanya dalam satu kenyataan. 


Muhammad Sabu yang dalam rangka lawatan kerja ke luar negara belum memberikan apa-apa respon berhubung penyebaran gambar-gambar itu setakat ini. - 30 April 2019.