-->

April 27, 2019

"Latheefa Bukan Tak Setuju Allah, Hanya Tak Setuju Islam Versi Mufti Wilayah," Kata Aktivis..

Aktivis liberal yang sering menjadi perhatian masyarakat, Farouk A. Peru tampil menjawab kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri berhubung isu pemakaian tudung bagi mempertahankan pandangan Peguam LFL, Latheefa Koya.

Menurut aktivis itu, hijab sebenarnya bukanlah seruan Islam sebaliknya merupakan budaya Arab kuno yang diteruskan sehingga ke masakini.

Berikut kenyataannya.

Farouk A Peru | Menjawab Mufti Wilayah Persekutuan Berkenaan Komen Tentang ‘Dehijabing’

Selamat Sejahtera Mufti Zulkifli Mohamad,
Terima kasih atas komen saudara terhadap Latheefa Koya tentang ‘dehijabing’. 


Sebelum saya menjawab komen saudara, saya ingin menyentuh terjemahan Al-Quran yang saudara kemukakan:

“Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.”

Siapa yang nukilkan ‘jika ia panjang umur’ tu? Tiada implikasi langsung frasa ini dalam ayat di atas atau konteksnya. 


Saudara yang suruh baca ayat seterusnya jadi saya syorkan saudara baca keseluruhan surah. Ini membawa kita kepada falasi saudara iaitu ‘appeal to authority’ yang telah mengkantoikan saudara dalam hujah terhadap Latheefa.

Saudara berhujah bahawa ‘tiada paksaan dalam agama’ (Quran 2/256) hanya untuk orang yang belum masuk Islam. Saudara merujuk kepada sebuah Tafsir dan Ibn Kathir. Ini sudah ‘appeal to authority’ iaitu menggunakan pendapat sesuatu parti untuk memenangkan hujah. 


Kenapa kami perlu ikut pendapat Ibn Kathir? Dia hanya manusia seperti kami juga. Kalau Nabi sendiri telah membuat sekurang-kurangnya tiga kesilapan yang dirakamkan dalam Al-Quran sendiri, apatah lagi Ibn Kathir?

Bukankah sumber tafsir pertama Al-Quran ialah Al-Quran sendiri? Inilah ‘tafsirul quran bil quran’, satu prinsip tafsir aliran Ahlus Sunnah. Jika saudara setuju dengan prinsip ini, kenapa saudara tidak melihat Al Baqarah 208 yang menggunakan perkataan ‘masuklah’ (udkhulu) iaitu ‘masuklah islam dengan lengkap’ (udkhulu fis silmi kaafah…). Mengapa Tuhan menggunakan ‘udkhulu’ dalam 2/208 tetapi tiada konsep ‘masuk’ langsung dalam 2/256 (iaitu tiada paksaan dalam memasuki ad-deen)? Kenapa Tuhan (dalam bacaan saudara) tidak konsisten?

Saudara telah menukilkan yang ayat 2/256 berkata seterusnya yang saudara terjemah sebagai “Jalan yang benar telah nyata dari jalan yang sesat”. Sebenarnya taka da ‘jalan’ (sirat, sabeel, tariq) pun dalam ayat itu. Ia hanya berkata ‘guidance/rusyd akan jelas daripada error/ghayy’. Adakah saudara membuat inferens yang orang Islam tidak memerlukan guidance? Setahu saya, kita meminta hidayah Tuhan 17 kali sehari. Kenapa kalau kita sudah mendapat hidayah?

Puan Latheefa Koya bukan tidak setuju dengan Allah dan Rasul, hanya tidak bersetuju dengan Islam versi saudara sahaja. 


Bila saya menganalisa tafsiran saudara yang tidak diperkuatkan oleh analisa intrektual, saya pun nampak yang ianya amat lemah. 

Sebenarnya, tiada paksaan dalam segala aspek agama. Lagi pun, hijab tidak diajar oleh Al Quran, ia hanya budaya Arab kuno sahaja. - 27 April 2019.