SOSMED | Peguam Afiq M. Noor tampil menjawab dakwaan pengacara Alhijrah, Finaz Yunus kononnya LGBT tak berani berkongsikan pandangan mereka di kaca tv dalam program bual bicara Analisis yang mengupas isu LGBT dari sudut perundangan dan hak.
"Asalnya, saya tidak berniat untuk memanjangkan kontroversi di antara Puan @FinazYunus dengan aktivis LGBTIQ di Malaysia.
Saya juga telah bertabayyun sendiri dengan @NumanAfifi dan saya telah menghantar DM kepada twitter pengacara ini.
Pertama, saya bersyukur TV Al Hijrah memberikan platform yang baik untuk wacana isu-isu semasa dan menampilkan nara sumber yang kontra pendapat.
Ini sudah pasti tidak kita dapat sewaktu zaman regim BN dahulu. Saya berharap platform sebegini disuburkan di Malaysia.
Kedua, Puan @FinazYunus menyatakan di dalam tweetnya TV Al Hijrah mengundang @SistersinIslam, @sitikasim, @NumanAfifi & Nisha Ayob sebagai nara sumber.
Saya kira satu hal yang perlu digarisbawahi dan ini seharusnya menjadi perhatian bahawa setiap aktivis mempunyai kepakaran yang berbeza. @SistersinIslam misalnya bergerak dalam isu-isu perempuan muslim dan undang-undang keluarga Islam. Dari penubuhannya sejak 1988 SIS konsisten dengan isu ini. Isu-isu LGBTIQ bukanlah termasuk dalam fokus utama SIS.
@sitikasim adalah seorang peguam dan pejuang hak asasi manusia. Jika Puan @FinazYunus mengikuti media sosial Siti Kasim, Puan pasti tahu yang fokus utama Siti adalah penindasan hak-hak orang asal. Siti dari dulu memang konsisten dengan isu yang membabitkan orang asal.
Nisha Ayob adalah aktivis transgender dan bekerja dengan komuniti. Tetapi sebagaimana yang kita maklum, Nisha di hentam left right centre sejak pertemuannya dengan Mujahid. Jika saya di tempat Nisha saya juga akan berasa sedikit skeptikal dengan undangan yang mendadak seperti ini.
@NumanAfifi pula memaklumkan dia hanya menerima undangan melalui whatsapp dari kru TV Al Hijrah pada 11.3.2019 iaitu 3 hari sebelum rancangan Analisis. Pada 11.3.2019 beliau telah berada di Geneva dan akan menyampaikan ucapan pada 14.3.2019 serta pulang ke Malaysia pada 16.3.2019.
Undangan 3 hari sebelum acara menurut saya terlalu short notice dan tidak profesional. Jika Puan @FinazYunus atau TV Al Hijrah sudah menyelidik topik yang akan dibincangkan, potential resource person bukankah molek jika undangan di berikan lebih awal berserta concept note yang ringkas?
Di dalam DM saya nyatakan kesediaan saya untuk memperkenalkan Puan @FinazYunus kepada aktivis yang melakukan kerja-kerja grassroot sewaktu saya pulang ke Malaysia.
If you not ranting out and blamed your resource person dan menunjukkan sikap homophobia Puan saya percaya ramai aktivis boleh bekerjasama dgn Puan atau TV Al Hijrah.
Terakhir, tidak ada sesiapa yang takut dgn moderator atau pengacara majlis. You are not Mehdi Hasan or Christiane Amanpour yang kritikal and well prepared.
Puan sendiri yang telah membakar jambatan dengan para aktivis. Orang boleh berbeza dalam berpendapat tapi Puan telah menunjukan mala fide Puan," jelasnya di Twitter.
Menurut peguam itu lagi, setakat ini Finaz tidak memberikan sebarang respon kepadanya di mesej peribadi.
Untuk rekod, komuniti LGBTQ dan JAKIM sedang 'bergaduh' sesama sendiri berikutan LGBTQ menuduh JAKIM menaja program yang 'membuli' (keganasan, pemaksaan & doktrinisasi) komuniti LGBTQ.
JAKIM dalam kenyataannya semalam menafikan dakwaan itu dan mengatakan program tersebut adalah untuk mendidik LGBTQ, malahan ia dianjurkan atas permintaan komuniti LGBTQ yang ingin kembali ke pangkal jalan. - 22 April 2019.