Oleh : Mohd Fadli Salleh
"Assalamualaikum Tun. Saya Mohd Fadli Salleh. Seorang guru yang berkhidmat baru 14 tahun.
Saya sedar, silibus pendidikan kita perlu berubah seiring dengan kemajuan zaman.
Bahkan sudah ada Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara yang ditubuhkan untuk mengkaji silibus kita dan saya merupakan sebahagian kecil yang terlibat dengannya.
Cuma, saya sangat berharap agar sekolah tidak lagi dijadikan tempat untuk menyelesaikan semua masalah negara.
Bila ada kemalangan, wujudkan Mata Pelajaran Keselamatan Jalan Raya, bila isu pembalakan haram dan kerosakan hutan, suruh wujudkan Mata Pelajaran Alam Sekitar pula. Sedangkan guru tidak bersedia.
Dan saya juga sangat-sangat berharap pendidikan tidak lagi dipolitikkan.
Saya mahu sistem pendidikan kita bebas dari pengaruh politik. Saya mahu pendidikan kita berada atas lagi dari kabinet hingga tidak boleh disentuh sesuka hati.
Sebaik kita mengkaji dan merasakan silibus pendidikan kita adalah yabg terbaik dan setanding dengan negara-negara maju diluar sana, maka saat itu saya tidak mahu mana-mana pihak mengusik lagi silibus kita walau kerajaan bertukar tangan."
Itu antara cadangan dan pandangan yang aku lontarkan pada Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Mahathir Mohamad semalam.
Aku sebenar-benar yakin dan percaya, sistem pendidikan kita perlu bebas dari unsur politik.
Biar yang pakar kendalikannya, dan jika ada perubahan biar mereka yang pakar membuat kajian secara menyeluruh.
Sistem pendidikan adalah bayangan generasi akan datang. Siapa Malaysia 10 tahun, 20 tahun lagi adalah datangnya dari sistem pendidikan hari ini.
Jika budaya lama dikekalkan, silibus boleh ditokok tambah sesuka hati berdasarkan pandangan orang politik.
Mereka rasa benda tu bagus diajar di sekolah, mereka minta KPM masukkan dalam silibus. Sistem pendidikan tidak boleh dibina dengan pendapat perseorangan.
Tidak boleh!
Walau itu pandangan dari Yb, walau itu pandangan dari menteri. Tidak seharusnya sistem pendidikan diubah hanya kerana pendapat peribadi.
Maka carca marba lah sistem kita dengan campur tangan orang politik ini. Jadual yang padat dan pelbagai peraturan yang menyusahkan semua pihak.
Sekolah tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan buat kanak-kanak dan guru. Ini sangat menyedihkan!
Aku bukan orang politik. Bukan.
Kalian nak berpolitik, silakan. Aku tak halang. Aku tak larang.
Namun sistem pendidikan negara bukan satu benda kecil yang boleh kita perjudikan.
Ia tidak boleh dipolitikkan. Ia perlu digubal oleh satu team mereka yang jujur, pakar dan benar-benar mahir dengan pendidikan.
Begitulah.