Oleh : Shah Hakimi
Umum sedia maklum bahawa selepas sahaja kejatuhan kerajaan sebelum ini pada tahun lepas, lebih kuat kedengaran ura-ura mengatakan bahawa PERMATA akan ditutup. Maklumkah PERMATA amat dikaitkan dengan penaungnya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dan juga diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, akhirnya kabinet bersetuju untuk mengekalkan program PERMATA akan tetapi dijenamakan sebagai ‘Genius’.
Apa Penting Sangat PERMATA Ini?
Secara umumnya, PERMATA merupakan sebuah program murni yang dibentuk kerajaan sebelum ini yang memberi perhatian khusus kepada anak bangsa kita terutamanya dalam bidang pendidikan dari peringkat kanak-kanak (PERMATA NEGARA) sehinggalah ke peringkat remaja (PERKASA REMAJA). Ditambah lagi, penubuhan Program PERMATApintar pula merupakan sebuah institusi pertama di Malaysia & satu-satunya sekolah yang mengumpul, membina, mendidik & menyediakan kurikulum akademik yang bersesuaian dengan pelajar pintar, cerdas & berbakat (Pusat PERMATApintar Negara) telah pun sekian lama mengharumkan nama Malaysia sehingga telah pun dikenali di seluruh dunia.
Genius & PERMATApintar?
PERMATApintar bukanlah memberi gambaran semata-mata bahawa pelajar 'genius' sahaja berada dalam institusi ini. Tidak. Malah adalah menjadi suatu salah faham yang besar bahawa semua pelajar PERMATApintar adalah genius. Pelajar-pelajar PERMATApintar dipilih dengan tiga (3) peringkat saringan berdasarkan empat (4) perkara:
1. Mempunyai keupayaan penaakulan induktif dan deduktif (inductive & deductive thinking reasoning).
2. Mempunyai keupayaan pemahaman lisan (verbal comprehension).
3. Mempunyai keupayaan mengingati memori jangka masa pendek dan memori jangka masa panjang.
4. Mempunyai keupayaan memproses maklumat dengan pantas.
Jelas sekali perkara-perkara di atas tidaklah menggambarkan secara keseluruhan sebagai seorang yang ‘genius’, malah lebih sesuai kita istilahkannya sebagai ‘cerdas & berbakat’.
Perlulah dibezakan antara ‘Gifted’ & ‘Genius’?
Tidak dinafikan bahawa adanya pelajar ‘genius’ di PERMATApintar, akan tetapi bukannya semua pelajar tersebut mempunyai tahap IQ seperti seorang genius. Ramainya dalam kalangan mereka berbakat & berpotensi, namun masih perlukan bimbingan dan suasana akademik yang lebih bertepatan dengan tahap IQ mereka agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif pada masa yang sama mengembangkan potensi mereka dengan lebih cepat.
Contohnya, mereka sekarang yang berumur 11 ke 13 tahun sedang melalui silibus SPM. Pada umur 14 tahun, didedahkan dengan subjek Matematik Tambahan. Dan juga, di peringkat umur 11 ke 13 tahun lagi, mereka telah pun mula didedahkan & diajar menghasilkan kajian-kajian Sains & Teknologi serta menyiapkan Kertas Kerja Projek. Dan menariknya, pelajar-pelajar ini senang faham & belajar dengan begitu baik sekali.
Seterusnya, PERMATA SENI pula lebih kepada memberi platform & mengembangkan potensi anak bangsa kita yang berbakat dalam bidang kesenian & kebudayaan. PERMATA INSAN pula bertujuan melahirkan Muslim Profesional yang bukan sahaja pakar dalam bidang Sains & Tekonologi malah menghafaz Al Quran.
PERMATA & Identiti Negara
Malaysia sebuah negara yang mempunyai peradaban agung yang tersendiri. Kita ialah bangsa merdeka yang telah melalui penjajahan yang begitu panjang dan perit hampir 500 tahun lebih. Namun sekarang kita diserang dengan pelbagai serangan ideologi pemikiran yang sikit demi sedikit menghancurkan binaan peradaban yang telah sekian lama kita pertahankan dengan darah & air mata.
Bahasa melambangkan sebuah peradaban & identiti negara. Mengapa tidak kita menghargai & menjulang tinggi bahasa yang sekian lama kita bangunkan ini? Mengapa tidak kita bangga dengan Bahasa kita sendiri? Mengapa memeningkan kepala dengan penjenamaan semula sedangkan masih banyak perkara penting yang lagi penting untuk diselesaikan? Sungguh saya katakan bahawa negara luar amat berbangga dengan program PERMATA lagi-lagilah Program PERMATApintar.
Kekalkan sahaja nama PERMATA & fokus kepada Pembangunan Pendidikan. Saya anak Malaysia, saya berbangga dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) kita.