-->

April 21, 2019

Tukar Nama PERMATA kepada GENIUS Keputusan Kabinet..

Oleh : Abdul Azim Roslan

Isu PERMATA tukar nama kepada Genius.

1. Ramai yang hentam Dr Maszlee Malik disebabkan isu ini. Kata isu ini lekeh dan menteri pendidikan cap ayam hanya kerana pandai tukar nama sahaja.

 
2. Isu ini bagi aku memang lekeh pun dan tak patut ditukar nama. Kekalkan sahaja tetapi tambah baik mana yang perlu.

3. Kritikan terhadap Dr Maszlee pula agak keterlaluan. Semua kena faham, keputusan ini dibuat oleh Kabinet, bukan KPM dan Dr Maszlee.

4. Boleh rujuk petikan akhbar BH (15/4), "Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula...".

5. Menurut pengawai Dr Maszlee, Saudara Ulya Husamudin menukar nama bukan pilihan KPM, tetapi pilihan kabinet.

6. Disebabkan apabila kabinet telah membuat keputusan, maka selaku menteri terlibat, Dr Maszlee terpaksa mengambil "collective responsibility" kerana dia juga sebahagian daripada ahli kabinet.

7. Isu bahasa, kenapa ditukar kepada bahasa Inggeris? Sebenarnya penggunaan perkataan "genius" sudah ada di dalam kamus dewan edisi ke empat.

8. Kalau nak hentam, sila hentam sekali Syed Saddiq, Guan Eng, Mat Sabu, Gobind Singh, Mahathir, etc.

9. Be fair.