ISU SEMASA | Tular beberapa rakaman video yang dipercayai pelawak tempatan, Lan Pet Pet yang dilihat bergaduh dengan pengawal keselamatan sejak malam tadi.
Rakaman CCTV mengenai kejadian itu juga disebarkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Enche RangerDanger di Facebooknya.
"Sungguh kurang ajar dan memalukan. Sudahlah datang tempat orang tiada adab... Dengan pakcik guard yang tua pun kau tumbuk dan terajang curi.. Apa punya artis murahan," katanya di kenyataan itu.
Punca pergaduhan tidak dinyatakan secara jelas.
Bagaimanapun menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) didapati lelaki menyerupai seperti Lan Pet-Pet ada memukul dan menyerang seorang pakcik yang berpakaian pengawal keselamatan itu.
Netizens yang mengikuti perkembangan kes itu mengecam tindakan pelawak itu sebagai kurang ajar, biadap dan melampau.
Lan Pet-Pet setakat ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi membalas penyebaran klip kontroversi itu.