-->

Mei 15, 2019

13 Mei, Kita Semua Dah Move On, Kenapa Malaysiakini Gelabah Sangat?

Oleh : Srikandi

Kita Semua Sudah 'Move On', Mengapa Mereka Nak Gelabah Juga?

Benda ni dah kecoh dalam media sosial. Perihal Malaysiakini yang kelam kabut ubah tajuk asal yang menimbulkan sentimen perkauman, prejudis dan kebencian ras.


Nampak?

Ilmiah sangatla, berita sangatla.

Srikandi dah bagitau dah, bila Malaysiakini letak ayat: "Tiada semua faktanya dapat disahkan" ini bermaksud mereka menulis dalam keadaan mabuk.

Dia pun dah bagitau dia tak betul, mengapa ada juga orang terutamanya anak-anak Melayu yang berdegil mahu percaya seluruhnya?

Isu 13 Mei ni sebenarnya siap ada laporan khasnya, data, statistik, punca kejadian, gambar-gambar dan analisis dia.

Tidaklah patut kita kena mengaku benda yang kita tak buat. Ibu ayah kita tak memulakannya, datuk nenek kita tak menyebabkannya.

Perhatikan tajuk asal dia: Pada 13 Mei 1969, Satu Kampung Cina Diserang. Dia dah tukar tajuk tu, tapi yang ni dia terlupa kot (setakat ni): https://m.malaysiakini.com/my/tag/13%20mei

Tajuk pada video dia pun belum tukar lagi: https://www.youtube.com/watch?v=yfECcR_41a8

Habis tu takde orang Melayu kena serangkah. 13 Mei ni cerita pasal orang Melayu serang kampung Cinakah?

Malaysiakini sebenarnya ingin menimbulkan propaganda kebencian ras dan perkauman dengan cara membangkitkan prejudis kepada orang-orang Melayu. Prejudis bahawa orang-orang Melayu adalah pengganas, yang memulakan kekacauan. Yang kena tetak Cina, yang menikam Melayu. Begitu gigih dia nak tanamkan propagandanya. Padahal orang Melayu yang kena bunuh dia tak berapa berahi nak laporkan. Mungkin dia terpaksa melaporkan juga yang memulakan provokasi tu bukan dari pihak orang Melayu, tapi dalam ceritanya dia fokuskan yang orang Melayu bertindakbalas ganas, tetak orang. Dibesar-besarkan. Dia nak doktrinkan orang Melayu ni ganas, kejam, zalim.

Benda ni kalau nak korek balik memang pedih kepada perpaduan negara. Siapa yang provok, yang buat perarakan, yang bunuh orang ramai dalam pawagam dan sebagainya. Baca Laporan MAGERAN. Google je.

Sebab itu kalau nak cerita pasal 13 Mei, kena cerita semua, yang buat provokasi, kejadian sebelum 13 Mei dan tindakbalas orang yang diprovokasi.

Apa yang Malaysiakini buat adalah sama dengan pihak yang MEMPROVOKASI 50 tahun yang lalu. Tak tau apa sebab Malaysiakini ni gelabah benar nak timbulkan balik sentimen perkauman dan kebencian ras. Mungkin nak bagi orang Melayu dan Cina bergaduh balik dan dia boleh seru 'sugar daddy-nya' yakni NED dari Amerika campurtangan.

Bila Malaysiakini mengaku cerita penglipurlaranya tak dapat disahkan faktanya, kemudian kelam-kabut senang macam tu tukar tajuk macam level blog makan-makan padahal mengaku portal beritalah, journalism-lah, maka:

Tidaklah patut kita kena mengaku benda yang kita tak buat. Ibu ayah kita tak memulakannya, datuk nenek kita tak menyebabkannya.