-->

Mei 25, 2019

Mak Bapa Perlu Hati-Hati Dengan Rich Kid Syndrome!

Oleh : Taufiq Razif

Hati-hati dengan Rich Kid Syndrome!

Hati-hati bila anak kita terlalu sukakan barang barang branded, selalu mendesak nak makan tempat mewah dan mahal, jijik dengan tempat tempat yang murah dan jadikan mak ayahnya ATM berjalan.


sdf
 
Jangan jangan anak kita dah kena Rich Kid Syndrome ( RKS )!

Sindrom ni bukan kena pada anak anak orang kaya je tetapi anak anak orang biasa biasa pun boleh kena. Kadang-kadang kita dulu pernah jatuh miskin, jadi bila dah berduit sikit kita pun hamburkanlah pada anak anak kita.

Ye, kita taknak anak kita susah macam kita dulu dulu. Kita anggap inilah ' act of love' kita pada mereka tapi limpahan kemewahan tanpa kawalan ni hanya akan merosakkan identiti dan 'self-control' anak kita.

Akhirnya mereka akan jijik dengan kesusahan dan memandang hina semua yang berkaitan dengan kesusahan dan kemiskinan. Jinakkan kembali RKS ini dengan selalu menceritakan pengalaman-pengalaman kemiskinan dan kesusahan diri kita suatu ketika dulu.

" Nak, hidup kamu dah senang sangat sekarang. Sini ayah nak ceritakan pengalaman ayah tinggal di rumah buruk nenek dulu".

" Nak, kamu sekarang ni dah mewah sangat. Sini mak cerita betapa peritnya hidup mak dulu".

Turunkanlah ego anak RKS ini dengan menceritakan kedaifan dan kemiskinan anak anak pelarian dan fakir miskin di sekelilingnya.
Bagitahu anak mereka bahawa anak anak yang susah itu WUJUD di dunia ini.

Bagitahu anak RKS ini bahawa ada anak di luar sana yang tiap hari hanya makan roti dan sayur! Bagitahu juga anak RKS ini bahawa ada anak di luar yang seumur hidupnya tak mampu pun nak menjamah KFC mahupun McD!
Bagitahu juga anak RKS ini bahawa di luar sana ada berjuta kanak kanak yang tak ada makanan pun untuk dimakan hari ini!

p/s : Anak yang mengalami Rich Kid Syndrome ni akan sangat susah berpuas hati dengan kebaikan & budi daripada mak ayahnya sendiri! Jadi, ubahlah cara didikan kita sebelum terlambat.