POLIS memanggil ahli keluarga untuk mengenal pasti sama ada mayat ditemui di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu, petang ini adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Mayat lelaki itu ditemui penduduk kampung sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, pada 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di kawasan kampung berkenaan.
“Mayat terbabit sudah dihantar ke hospital dan kami sudah memaklumkan kepada ahli keluarga pemandu Grab yang hilang sejak Jumaat lalu untuk proses pengecaman sama ada mayat itu adalah pemandu Grab atau sebaliknya.
“Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan polis,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Walk About di Bazar Ramadan Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.
Sementara itu, adik sepupu mangsa yang mahu dikenali sebagai Mira, 27, berkata, ahli keluarga mangsa dalam perjalanan ke lokasi di pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.
“Setengah jam lalu, kami dimaklumkan pihak polis terdapat satu mayat ditemui di lokasi dan ahli keluarga mangsa diminta ke lokasi untuk membuat pengecaman.
“Buat masa ini, kami belum dapat memastikan mayat ditemui itu adalah ahli keluarga kami yang hilang atau sebaliknya,” katanya.
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab dikenali sebagai Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.
Bagaimanapun kereta dipandu mangsa ditemui di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, pada 12.30 tengah malam Ahad lalu.
Pemeriksaan mendapati kereta mangsa berkunci sebelum menyedari terdapat kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin. - Harian Metro