-->

Mei 01, 2019

Selepas Setankan BTS, PU Syed Berperang Dengan Kpopers.

SOSMED | Semuanya bermula apabila BTS disyaitankan oleh PU Syed. 

"Kita Negara Islam, boleh nak jemput setan² ni datang. Rusia Negara Kapir pun tahu nak jaga rakyat mereka.

Maaf guna kalimah setan, sebab hanya setan yang mahu menyesatkan manusia. Kumpulan ini seperti itu juga. Nilai² apa yang hendak mereka bawa kecuali kesesatan.

Yang menjemput kena berfikir cara agama, bukan sekodar logik akal semata².

Didik pewaris negara ini dengan agama,"
katanya dalam satu kenyataan pada ahad. 



Kenyataan PU Syed itu kemudiannya ditangkaplayar lalu disebarkan, kesannya ia menimbulkan kemarahan oleh peminat BTS dan dunia KPOP.


Serentak dengan itu, netizens kemudiannya memulakan tindakan menyerang dan mengutuk PU Syed habis-habisan di dunia sosmed.

"Seorang-seorang PU tunjuk bodoh"


"Yang pelakon Malaysia berpeluk tak gelar setan pula.."



"Ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran saya tatkala PU Syed mengeluarkan kenyataan bahawa BTS adalah setan. Saya bukanlah peminat tegar Kpop namun saya rasa sebagai seorang PU (kononnya) kenyataan ini adalah melampau. Kenapa ?

1. Beb, i tak faham konsep statement dia ‘Kalau boleh pilih kebenaran kenapa pilih kesesatan’. Eh, peminat BTS ni terus jadi kafir ke sebab minat artis mereka. Jadi kafir ke sebab beli tiket ke konsert mereka. Atau mendengar lagu selain dari lagu melayu/islam terus menjadi sesat. Nah, maka majoriti kita susah sesat ye. Come on.

2. Mengapa mengelar mereka setan. Maksumnya seorang PU ye terus menghukum seseorang itu setan. Dia memang la bukan islam woi tapi awak tengok la sumbangan dia terhadap masyarakat. Duta UN. Setiap words/speech yang keluar dari mulut RM (leader of BTS) dijadikan inspirasi buat kebanyakan rakyat. Contoh ‘Today, I am who i am with all my faults and my mistake’. Bukan macam awak ye tiba tiba menyetankan orang.

Alaa tapi dah orang orang macam ni, sekolahkan macam mana pon tetap la berfikiran jumud begitu. Nak buat macam mana terima je laa ye. Saya pun bukan orang yg baik baik. 


Salam keamanan buat semua. Takyah gaduh gaduh la yang dekat malaysia tu 🙂,"
kata Fatehah Mazni pula.



Meskipun menerima kecaman teruk, masih terhadap netizens yang bersama-sama PU Syed dan mempertahankan tindakannya mensyaitankan BTS.


"Sokong PU Syed, Nabi dulu lagi teruk kena.. "



"Nah, KPOP adalah agama baru" 



Macam takde gambar lain! 

Dalam perkembangan berkaitan, PU Syed menegur tindakan portal Malay Mail yang menyebarkan gambarnya bersama penyapu lidi ketika melaporkan kenyataannya mengenai BTS.

Menurutnya editor portal itu mungkin ada agenda tersirat yang lain. 



"Mari, mari, beli penyapu lidi!!


Malaymail tunjuk gambar ambe sedang pegang pisau dan penyapu lidi yg baru selesai diraut.


Mungkin tu gambar paling sesuai untuk ditampilkan. Jika ada motif lain ambe tak pasti, selain sangka baik, mereka nak tolong promosikan penyapu lidi ambe.

Terima kasih kerana ambil cakna apa yang ambe sebutkan. Semua nak beritakan. Ianya suatu yang bagus untuk semua orang pakat berfikir.

Ambe tetap menolak cadangan untuk undang geng kpop tu ke Malaysia,"
katanya. 



Sungguhpun semakin ramai yang tampil mengkritik PU Syed, beliau bertegas mengatakan tidak takut dan akan menghadapinya.


"Mu ingat ambe takut?

Baru BTS disentuh dah melompat, meroyan semua peminat fanatik mereka. Belum lagi Dajjal muncul ! Balik awal boh," katanya lagi. - 1 Mei 2019.