-->

April 30, 2019

Zamri Vinoth Ditahan, Rani Kulop, Netizens Muslim Lapor Polis, Dedah Bukti Hindu Akui Tuhan Ada 330 Juta..

SEMASA | Nampaknya pergaduhan antara komuniti muslim dan Hindu di sosial media semakin memuncak dengan penahanan pendakwah bebas yang juga anak murid Zakir Naik, Zamri Vinoth.

Zamri Vinoth ini juga dibela oleh Ustaz Firdaws Wong, Mufti Perlis, Ustaz Asri Zainal Abidin dan rakan-rakan sekelompok mereka.

Mempertahankan kenyataan Zamri Vinoth, bukan sekadar mengedarkan rakaman ceramah yang dikatakan mengandungi perkataan menghina, bahkan kali ini mereka menunjukkan bukti dakwaan penganut Hindu sememangnya mempercayai 330 juta Tuhan. Menurut Ustaz Firdaus, ia bukanlah rekaan dan fitnah kepada komuniti Hindu. 


Apatah lagi Zamri adalah anak yang datang dari keluarga yang ibunya menganuti agama Hindu dan bapanya menganuti agama Kristian.


"Adakah Zamri Vinoth Dikira Menghina Kerana Mengatakan terdapat 330 Juta Tuhan Di Dalam Hindu?

Salah satu perkara yang dianggap 'menguris' perasaan masyarakat Hindu di Malaysia terhadap ceramah Zamri Vinoth adalah mereka merasa terhina apabila dikatakan Hindu memiliki 330 Juta tuhan. Mereka mengatakan dakwaan itu tidak benar.

Saya menemui perbahasan ini di dalam buku yang ditulis oleh seorang penulis Hindu di Malaysia, namanya Uthaya Sankar SB di dalam bukunya Malaiur Manikam.



Beliau menjelaskan bahawa wujud pandangan mengatakan jumlah 330 Juta tuhan itu berasal dari kaedah 33 kodi Devar yang mana kodi itu difahami 10 juta. Dan ia dianggap sebagai satu pandangan di dalam Hindu yang mengisyaratkan sifat infiniti, menurut beliau.

Andai Zamri Vinoth dikatakan menipu dan menghina agama Hindu dengan mengatakan ada 330 Juta tuhan, maka bukankah tindakan yang sama perlu dilakukan terhadap Uthaya Sankar yang juga menulis begitu?

Namun apapun, saya bersetuju dengan Uthaya di dalam bukunya tentang agama Hindu sebenarnya mengajar konsep satu Tuhan. Harap sahabat semua menjaga adab dan akhlak dan ruangan komen. Kita nak menerang bukannya nak menyerang,"
jelasnya dalam satu kenyataan.


Selain itu, komuniti muslim juga bertindak balas dengan membuat laporan polis terhadap mereka yang dianggap mengapi-apikan sentimen keagamaan dan perkauman di Malaysia.

Antaranya Raja Lapor Polis, Rani Kulop telah memulakan tindakan itu.


Draf laporan polis yang dibuat oleh komuniti Hindu terhadap Zamri Vinoth juga didedahkan. 

👉 ‘Kandungan video yang mengaitkan agama Hindu & penyembahan kepada *330 JUTA TUHAN ADALAH SALAH DAN PENGHINAAN* sama sekali; Ini menunjukkan kejahilan beliau akan agama Hindu itu sendiri’.

Berdasarkan semakan, di beberapa channel YouTube, sememangnya terdapat dakwaan dan pengakuan dari kalangan penganut Hindu sendiri yang mereka mempunyai sehingga 330 juta Tuhan.




Menurut Ustaz Firdaus Wong tindakan komuniti Hindu membuat laporan polis mungkin dipengaruhi oleh individu ataupun kumpulan yang mempunyai motif tertentu, yang mungkin berperanan mahu melaga-lagakan komuniti Islam dan komuniti Hindu.

"Rasanya perlu dicari siapakah individu dan kumpulan yang mengapi-apikan orang Hindu yang lain selain dari edit video sedikit dan disebarkan bagi menimbulkan kebencian terhadap Muslim & Islam.

Saya menyeru sahabat semua membuat laporan polis agar polis menyiasat siapakah individu & kumpulan yang bertanggungjawab untuk edit, sebar dan mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman ini. Ini bukan isu Hindu menentang Islam dan sebagainya tetapi isu segelintir yang cuba mengugat keharmonian negara dengan sengaja edit di luar konteks dan menyebarkannya bagi tujuan mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman,"
katanya.

Ustaz Firdaus Wong juga menyeru agar komuniti muslim membuat laporan polis bagi membela Muhammad Zamri Vinoth yang dianiaya oleh segilintir pihak yang sengaja memainkan api perkauman dan keagamaan. 


Draf laporan polis juga disediakan seperti dibawah ini;
<DRAF LAPORAN POLIS>

SAYA (nama) bernombor kad pengenalan (no IC) terbaca di laman sosial seorang pendakwah Islam bernama Muhammad Zamri Vinoth Bin Kalimuthu yang telah ditangkap oleh polis setelah laporan polis dilakukan terhadap beliau di atas satu klip ceramahnya di Kelantan pada Disember 2018 yang berdurasi selama 70 saat kononnya beliau menghina agama Hindu.

Setelah saya menonton video itu, apa yang beliau kongsikan tiada unsur menghina kerana saudara Uthaya Sankar SB juga menulis perkara yang sama di dalam bukunya ‘MALAIUR MANIKAM’ dan beberapa video oleh sarjana Hindu dan Saluran Hindu yang di YouTube juga mengatakan perkara yang sama!

Malahan beliau berulang-kali mengatakan; ‘Bagi saya waktu itu, bagi saya dan saya tidak mewakili orang Hindu yang ada sekarang ini.’ dan ini jelas menunjukkan beliau merujukannya kepada pengalaman hidupnya sebelum memeluk Islam. Malahan beliau jelas mengatakan tidak mewakili mana-mana Hindu di luar tetapi sekadar pengalaman peribadinya sebelum memeluk Islam!

Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah agar pihak berkuasa segera menyiasat individu dan kumpulan yang bertanggungjawab edit, sebar dan mengapi-apikan sentimen perkauman di bawah AKTA 588 KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998, SEKSYEN 233, SEKSYEN 211, SEKSYEN 298A, SEKSYEN 505 (C) ; KANUN KESEKSAAN DAN AKTA HASUTAN 1948.

Saya risau jikalau dibiarkan individu dan kumpulan seperti itu berterusan mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman dengan edit, menyebarkan ceramah video serta mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman di luar konteks boleh menyebabkan ketenteraman dan keharmonian negara akan terjejas.

Sekian laporan saya.