Oleh : Lara Marina
DOKTOR KATA BOLEH ‘DISCAJ’ BUKAN BERMAKNA BOLEH TERUS PACKING KAIN BAJU, SALAM-SALAM MISI, TERUS BALIK
Sepanjang hampir 9 tahun bekerja, saya sebagai seorang jururawat "selalu" menerima rungutan daripada pesakit atau waris pesakit yang berada di wad kerana lambat menyiapkan dokumen discaj.
DISCAJ - Dimana seseorang pesakit yang ditahan di wad, diberi kebenaran oleh pegawai perubatan yang menjaga untuk keluar daripada wad selepas tahap kesihatan semakin pulih.
Pernahkah anda terfikir berapa banyak discaj yang pihak hospital patut siapkan dalam sehari? Pernahkah terfikir yang membuatkan lambat itu bukan sebab kami pekerja-pekerja yang memberikan perkhidmatan, tetapi sebab sistem / prosedur itu sendiri?
Anda perlu menunggu beberapa ketika untuk doktor dan jururawat menyiapkan segala dokumen penting yang berkaitan.
Proses menyiapkan ‘Discaj’ pesakit :
*Menerima arahan daripada pegawai perubatan
*Menyemak rekod perubatan pesakit
*Memberitahu pesakit/waris
*Menyediakan discaj
Dalam menyediakan discaj pesakit, ada beberapa perkara WAJIB yang perlu anda tahu :
DISCAJ SUMMARY (RINGKASAN DISCAJ)
Ia adalah ringkasan tentang pesakit berkenaan segala perawatan yang telah pesakit terima sepanjang keberadaan di wad tersebut selain serba sedikit ringkasan diagnosis penyakit yang dihidapi pesakit. Discaj summary penting bagi pesakit contohnya dalam urusan ‘claim insurans’ .
SLIP UBATAN
Apabila pesakit dibenarkan untuk pulang ke rumah, pesakit akan dibekalkan dengan ubatan-ubatan yang perlu pesakit ambil berterusan apabila pulang ke rumah. Untuk pembekalan ubatan daripada farmasi memerlukan slip yang ditandatangani oleh PEGAWAI PERUBATAN (BUKAN JURURAWAT) disertakan sekali nama, dosej, dan kekerapan ubatan tersebut yang perlu pesakit ambil .
MC (SIJIL CUTI SAKIT)
Bagi pesakit yang bekerja, sudah tentu memerlukan sijil cuti sakit untuk diserahkan kepada majikan masing-masing. Perlu diingat bahawa sijil cuti sakit memerlukan tandatangan dan pengesahan pegawai perubatan, BUKANNYA jururawat. Jururawat perlu berlari kesana-sini untuk mendapatkan cop dan tandatangan MO (Medical Officer). Perlu memeriksa butiran pesakit seperti nama dan IC yang betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang timbul.
(KALAU PESAKIT TIDAK MENDAPAT SIJIL CUTI SAKIT, PESAKIT JUGA YANG AKAN EMOSIONAL)
PENGISIAN BORANG BERKAITAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang, mereka yang dirujuk ke jabatan-jabatan lain untuk sesi perawatan lanjut contohnya Fisioterapi akan diberikan borang rujukan bagi memudahkan pesakit merujuk kepada jabatan yang berkenaan.
BILLING
Jururawat/kerani yang bertugas akan menyiapkan bil pesakit sepanjang keberadaan di wad tersebut. Bayangkan jika pesakit tinggal di wad selama satu minggu, berapa banyak data dan maklumat yang perlu dimasukkan bagi tujuan ini.Contoh (sample darah / xray /scan /pembedahan). Ia agak memakan masa yang lama bergantung kepada tempoh seseorang pesakit telah menginap di wad.
TCA (Appointment)
Pesakit yang discaj biasanya akan diberikan satu tarikh untuk berjumpa doktor dalam tempoh masa tertentu (Follow Up) di klinik-klinik yang berkenaan. Jururawat akan menghubungi klinik tersebut bagi tujuan mendapatkan tarikh temujanji mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor pakar. Kami bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan tarikh sesuka hati. Semuanya mengikut apa yang telah diarahkan.
PEMERIKSAAN
Sebelum membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah, jururawat perlu memeriksa pesakit (Head to Toe) bagi melengkapkan proses discaj pesakit. Contohnya mengeluarkan dahulu jarum (Branula) di tangan pesakit/mengeluarkan catheter (tiub kencing) jika ada.
*Perlu difahamkan bahawa dalam masa jururawat menyiapkan discaj pesakit, jururawat juga perlu menyiapkan segala pelan perawatan pesakit-pesakit lain yang masih berada di wad.
*Jururawat perlu melayani pesakit lain yang menghadapi masalah dan kesukaran untuk melakukan sesuatu.
*Jururawat perlu melayani segala ‘karenah’ pesakit-pesakit yang selebihnya.
JADI,
Ia bukannya semudah dengan hanya menulis dalam 1 dokumen sahaja, pesakit sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah sambil bernyanyi-nyanyi menuruni lif hospital sampaikan lupa mengucapkan TERIMA KASIH kepada kakitangan wad.
DAN
Pihak hospital tidak sebegitu tegar untuk menyimpan anda di dalam wad dalam tempoh yang agak lama. Yang pastinya tidak semudah itu untuk melepaskan anda pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
KESIMPULANNYA,
Bila anda pergi ke bank, anda dengan rela hati mengambil nombor,duduk diam-diam menunggu nombor giliran dipanggil. Bila sudah berjumpa dengan pegawai bank, anda dengan senang dan rela hati pula untuk menunggu proses urusan tersebut biarpun berjam-jam lamanya.
TETAPI, bila anda menjejakkan kaki ke hospital, kenapa anda tiba-tiba perlu menjadi PREJUDIS ? Tunggu sahaja mencari kesilapan kami pekerja yang makan gaji daripada hasil bayaran "cukai" anda, daripada guard, penjaga kaunter, nurse-nurse, houseman, MO, dan kalau boleh dengan doktor pakar sekali nak dibambu, komplen itu-ini.
Tidak perlu lah anda berulang-alik ke kaunter bertanyakan bila proses discaj akan siap sambil memarahi dan menengking jururawat. Tak perlulah anda melenting berkata “tadi doktor kata dah boleh discaj? Kenapa dari tadi tak siap-siap? Berapa lama lagi yang perlu saya tunggu?”
Tak perlu menggelupur.
Sila tunggu giliran anda dengan sabar sesungguhnya sabar itu adalah sebahagian daripada Iman.