Oleh : Arif Atan
Apa yang pengacau inkues Adib mahu sembunyikan?
Salam Sabtu.
Ketika ramai sibuk bercakap tentang video hubungan intim individu mirip menteri Kabinet itu, kita sebagai rakyat jangan mudah lupa tentang liku-liku 'misteri' prosiding inkues Adib.
Kelmarin, peguam Syazlin Mansor yang sebelum ini mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim akhirnya bersuara dalam sidang media.
Mari kita teliti kenyataan penuh Syazlin yang kemudiannya menjentik banyak persoalan yang mesti segera dileraikan pihak berwajib agar nasib menimpa arwah anggota bomba, Adib yang mulanya ditemui cedera parah dalam rusuhan kuil haram di Subang Jaya pada 27 November tahun lalu segera terbela.
🔹 "Pada awalnya setelah Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia, kes diklasifikasikan sebagai bunuh oleh polis dan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin telah melantik saya sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan jenayah.
"Saya juga turut dilantik oleh keluarga arwah sebagai peguam pemerhati bagi mereka. Malangnya tiada perbicaraan jenayah dijalankan dan Peguam Negara, Tommy Thomas memutuskan untuk membuat prosiding inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib."
❓Mengapa tiada perbicaraan jenayah selepas pihak polis telah mengklasifikasikan kes Adib sebagai bunuh?
🔹 "Saya merasakan ia pelik bahawa apabila saya mula menyoal teori Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan membawa saksi Pakar Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Professor Dr Shahrom Abd Wahif untuk membantu inkues, isu konflik kepentingan dan pelantikan saya baru dibangkitkan."
❓Imbas semula. Dr Shahrom adalah saksi ke-29. Apa katanya:
"Adib tidak mungkin dilanggar pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)".
Pakar itu memberitahu jika Adib dilanggar dengan kelajuan 17 kilometer per jam dibahagian pintu van EMRS, mangsa akan terpusing ke belakang dan akan jatuh di kawasan yang dilanggar.
Jadi, wajar menimbulkan persoalan kepada kita semua, mengapa isu pelantikan Syazlin sebagai peguam mewakili anggota keluarga Adib dipersoal selepas berbulan-bulan prosiding inkues berlangsung.
🔹"Kronologi peristiwa yang terjadi juga pada pandangan saya jelas menunjukkan bahawa ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan oleh Dr Shahrom."
❓Siapa pihak yang mengacau itu? Mengapa dia mengacau? Apa yang pengacau itu mahu takutkan? Apa yang galau benar di hati pengacau itu sehingga tidak berlapang dada membiarlan saja prosiding inkues itu berjalan adil dan lancar?
🔹"Selanjutnya saya merujuk kepada kenyataan media Tommy yang bertarikh 28 Mei di mana beliau menyatakan empat sebab mengapa KPKT diarah untuk menamatkan perkhidmatan saya.
"Saya rasakan bahawa kenyataan tersebut mempersoalkan pertimbangan profesional dan integriti saya sebagai peguam. Tambahan saya merasakan empat alasan tersebut tidak berasas sama sekali. Justeru saya ingin menjawab empat alasan tersebut satu persatu."
❓ Jika Syazlin sebagai seorang yang sudah bertauliah dalam bidang undang-undang mempersoal tindakan penamatan perkhidmatan itu, apa lagi kita sebagai orang awam yang hanya mahu melihat kematian Adib dibela mengikut lunas undang-undang.
Adakah wujud semacam konspirasi untuk menutup punca kematian sebenar Adib? Jika ya, mengapa? Dan inilah persoalan masyarakat sivil yang terus berlarutan...
Apatah lagi sebelum ini berlegar dakwaan ada pihak telah menghantar surat mengarahkan KPKT menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan.
Bahkan paling mengejutkan mengapa Pejabat Peguam Negara memfailkan afidavit menyatakan Allahyarham Adib tidak dipukul sedangkan inkues masih belum selesai?
🔹 Peguam Syazlin menimbulkan persoalan:
"Apakah fungsi inkues sekiranya semua pihak bersetuju dan tidak boleh mempersoalkan hasil dapatan dan teori yang dibuat pakar HKL?"
❓Kalau seorang peguam pun menimbulkan pertanyaan begitu, apa lagi kita orang awam yang walaupun tiada latar belakang ilmu undang-undang tetapi masih boleh berfikir secara logik.
🔹"Saya ingin menegaskan bahawa tiada konflik kepentingan kerana tidak pernah timbulnya isu untuk keluarga menyaman KPKT dan JBPM. Ini adalah kerana teori arwah dilanggar oleh bomba merupakan teori yang tidak berasas, yang mana, teori tersebut dibuat oleh pihak yang tidak terlibat dengan prosiding.
"Ini juga bukan teori yang telah dibuat oleh pakar HKL. Oleh itu, tiada asas untuk keluarga mempercayai bahawa arwah dilanggar oleh bomba.
"Dalam keterangan di Mahkamah juga, ayah arwah Muhammad Adib sendiri menyatakan bahawa Adib gembira apabila menerima kunjungan daripada rakan-rakan anggota yang turut bertugas bersama beliau pada malam kejadian, sewaktu Muhammad Adib terlantar di hospital.
"Sekiranya Muhammad Adib benar-benar dilanggar oleh rakan-rakan beliau ini, adakah dia akan gembira menerima kunjungan mereka di hospital?
"Saya ingin menegaskan bahawa keluarga arwah dan JBPM berkongsi pendapat yang sama dan menolak teori yang dibuat oleh pakar HKL. Keluarga arwah dan JBPM tidak pada bila-bila masa berada dalam keadaan kepentingan yang bertentangan.
"Saya percaya perkara ini juga telah disahkan oleh keluarga arwah Adib sepertimana yang dilaporkan oleh media."
❓Mengapa alasan itu ditimbulkan selepas lebih 30 hari inkues berlangsung?
Adakah wujud semacam usaha untuk melindungi pesalah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan?
Adakah wujud salah guna kuasa yang wajar ditangani mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Dan berikut ini adalah persoalan yang dikemukakan peguam Syazlin juga pastinya persoalan buat semua rakyat yang mahu isu Adib bukan dilihat dalam tempurung sempit kepentingan mana-mana politik kepartian.
Kita bercakap tentang keadilan dan kemanusiaan!
🔹❓"Apakah yang cuba dinyatakan oleh Tommy apabila beliau mengaitkan jawatan yang dipegang oleh suami saya (Setiausaha Akhbar Zuraida)"
🔹❓"Adakah salah bagi saya, seorang peguam, ingin membantu keluarga arwah dan bomba secara Pro Bono? Ingin juga saya tekankan bahawa saya merupakan peguam kes jenayah dan firma guaman saya hanya mengambil kes-kes jenayah sahaja."
🔹❓"... kenapakah baru sekarang Tommy mempersoalkan pelantikan saya dan ingin menyingkirkan saya sebagai peguam yang mewakili KPKT dan JBPM. Bukankah dari awal lagi Peguam Negara maklum saya mewakili KPKT, JBPM dan keluarga?"
🔹❓"... bilakah masa Tommy berpendapat bahawa saya tidak membantu inkues dan bertindak dengan mala fide (niat jahat)?"
➿➿❓❓Akhirnya, soal paling penting yang perlu segera ditangani:
📌 Apakah paling mungkin boleh berlaku ke atas arwah Muhammad Adib yang menyebabkan kematiannya?
🔎 Jadi, jangan ada mahu disembunyi. Benang yang basah usah ditegakkan. Hembusan nafas terakhir Adib pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari bertarung nyawa tidak harus dibiarkan berlalu sia-sia.
🔥 Jika hari ini kita gagal membela kematian Adib, dibimbangi kita menyampaikan mesej yang berbahaya kepada penjenayah untuk menzalimi 10, 100 atau 1,000 'Adib' lagi selepas ini!
⚖ Mereka yang bersalah mesti diheret ke muka pengadilan. Rakyat menuntut keadilan buat Adib.