-->

Ogos 30, 2019

Guard Tu Kurang Ajar Sangat Pada Rider Tu La Kena Lempang - Penjelasan Datin Tampar Guard.

SOSMED | Semalam beberapa media tempatan termasuklah Awani dan Sinar Harian melaporkan seorang wanita berstatus "Datin" telah menampar seorang pengawal keselamatan warga asing.


Wanita itu dilaporkan menampar pengawal keselamatan itu kerana berang diarah turun ke lobi kediamannya untuk mengambil makanan yang ditempah melalui perkhidmatan penghantar makanan.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 4.21 petang di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

Insiden itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) lobi kediaman mewah berkenaan dan tular di media sosial.

Malah kenyataan dari Jawatankuasa Pengurusan Kondominium itu, Hazri Mohd Zahri juga dipetik sebagai berkata, tindakan wanita yang menampar pengawal keselamatan itu adalah sangat tidak bermoral selepas pihaknya melakukan penyiasatan.

Bagaimanapun wanita yang didakwa sebagai datin itu tampil menafikan dakwaan tersebut di media sosialnya hari ini.

"Kaji dahulu sebelum judge.

Hi, follower kak syena.. korang mesti dah Malkin pasal berita viral "Datin tampar security ". Untuk makluman semua cerita yang viral ITU hanya sebelah punya kenyataan. Kak syena tampil buat kenyataan dimana kak Syena tampar die buat sebab kak syena acah acah DIVA ye TETAPI kerana pengawal keselamatan ITU BIADAP. Kenapa kak syena kata dia BIADAP sebab die aniaya adik rider (food panda) PEREMPUAN sehingga die menangis teruk. Allahu kak Syena bukan sejenis manusia yang BARAN.

Yang mengenali kak syena tau kak syena macam mana. Kak Syena masih WARAS ye, mana mungkin nak sepak muka orang tanpa sebab. Untuk pengetahuan korang akak turun dan pick up makanan tu pukul 3 am.

Sebelum akak turun ke bawah memang akak ada suruh rider tu mintak izin kalau die boleh naik atas TETAPI die telefon akak kembali kata guard tak bagi masuk.

Akak ni yam tido sian tinggal die tapi kak Syena turun kerana kesian rider tu dah kena marah. Bilamana kak syena dah turun ke bawah kak syena terkejut tengok adik tu menangis teresak-esak sambil bercakap "saya tak pernah dihina macam ni akak" kak Syena pun tanyala kenapa teruk sangat awak nangis ni.

Die pun cakapla "guard NEPAL ni suruh pi rider parking dekat blok A. Jalan kaki pergi hantar ke Block D dan macam-macam la.

Eh panasla kak syena dan kak Syena cakap elok-elok dengan guard tu tapi die yang KURANG AJAR sangat lalu kak Syena lempang la die.

Bayangkan kalau benda pada adik, kakak, makcik or seangkatan awak APA awak
rasa.

Simple treats people nicely people will treat u better. So kesimpulannya bile akak jadi viral dan dengan sumpahan korang akak jadi lagi kuat.

Berita pasal akak ditarik balik BUKAN SEBAB KABEL tetapi mereka DAH tahu CERITA YANG SEBENAR.

PIHAK Guard Dan Pengurusan Kondo pun dah setuju untuk mendalami kes ini... Akak ni perempuan... takkan suka suka nak tampar orang....So KESIMPULANNYA WARGA BAWANG SEKALIAN.

Jadila warganegara yang selidik dahulu sebelum judge akak,"
katanya dalam kenyataan itu. 

Pengakuan rider;



Datin yang dikenali sebagai Syena itu juga berkata akan tampil dengan penjelasan lanjut menggunakan media tempatan bersama rider GrabFood yang dilayan secara teruk oleh pengawal keselamatan warga asing itu dalam masa terdekat. 

"Saya bukan marah sebab kena turun.sbb masa saya turun tu, nak marah siapa, guard pun takde. Tapi saya sampai loby saya nampak adik rider tengah menangis. Bukan menangis sesikit. Nie menangis sampai teresak-esak. Saya pegi dekat dia terus dan tanya kenapa menangis. Dia cerita apa dari sorang guard ke sorang guard dan ke guard yang lain buat kat dia. Siap tengking-tengking dia lagi. Tu belum suruh dia jalan kaki jarak 4 block park motor untuk hantar makanan. Panjang lagi cerita. Saya pun tak gila nak lempang orang kalau tak kurang ajar. Bayangkan budak perempuan rider tu adik korang ke, sepupu korang ke yang kena dengan guard Nepal kurang ajar tengking2. Sini ada services lift dulu yang boleh guna dari 6pg sampai 6ptg. Khas untuk delivery barang2 yang resident order. Sekarang tiba2 dah jadi tak boleh. Beli barang tesco online menyusahkan kita nak angkut ke atas. Belum bab parcel delivery. Semua haru biru. Sistem apa tak tau diaorg nak guna.

SAYA MARAH BUKAN PASAL KENA TURUN. TAPI SAYA MARAH BUDAK PEREMPUAN MELAYU SANGGUP CARI REZEKI KEJE JADI RIDER TAPI KENA BULI DENGAN SECURITY GUARD BANGSA ASING. ADA LAGI BEBERAPA AYAT YANG SANGAT KURANG AJAR KELUAR DARI MULUT GUARD YANG SAYA LEMPANG TU. TAKPE. TUNGGU SAYA DAN ADIK RIDER TU KELUARKAN DALAM PAPER.

Yang tak tahu cerita sebenar, bukan main sedap ingat saya marah pasal kena turun. Tak mati pun kalau kena turun. Saya cukup sifat lagi nak bergerak berjalan. Saya marah sebab maruah seorang perempuan melayu di permainkan. Saya suruh dia mintak maaf pun boleh gelak-gelak. Ingat benda kelakar.

Ramai dah rider kat sini jadi mangsa kena marah pasal sikap guard.. semalam saya stand bersuara sebab selagi seorang tak berani, security guard kat sini nada suara diaorang lagi tinggi dari kita yan bertanya elok-elok.

Saya bukan sehari duduk sini. Kalau betul saya bermasalah, buktikan kalau sebelum nie memana security guard di Block D kena marah dengan saya. Saya hilang sabar sebab air mata seorang adik perempuan yang cari rezeki jd rider tapi orang luar boleh hina dan pandang rendah.

KORANG BOLEH VIRAL CERITA NIE MACAM MANA KORANG VIRAL CERITA SEBELAH PIHAK. ADIK RIDER SAKSI. ALLAH SAKSI.

VIRAL LAH POST NIE KALAU AWAK RASA TANGISAN ADIK RIDER TU PERLU DIBELA. Saya rela dipersalahkan. Sebab saya nampak dalam mata dia menangis rasa sakit hina tapi tak mampu bersuara dan di bela,"
jelasnya panjang lebar.

Semakan kami mendapati Awani dan Sinar Harian telah memadamkan berita berkaitan datin menampar pengawal keselamatan dan hanya memaparkan "error 404" di pautan berita tersebut. - 30 Ogos 2019.