-->

Ogos 01, 2019

Viral Memo Kilang Denda Pekerja RM500 Jika Pergi Solat.

VIRAL | Tular satu memo yang merujuk sebuah kilang yang beroperasi di Klang bertindak melarang pekerja Islam di syarikatnya daripada menunaikan ibadat solat.

Tindakan kilang yang dipercayai beroperasi di Taman Perindutrian Sungai Kapar itu dibuat melalui sepucuk memo bertarikh 30 Julai yang kini tersebar meluas media sosial.

"Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

"Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan,"
kata pihak syarikat dalam memo itu.




Perkara itu dikesan mulai tular sejak awal pagi tadi. Nama syarikat ditutup sehingga mendapatkan pengesahan lanjut dari wakil syarikat yang terbabit. - 1 Ogos 2019.