Oleh : Ahmad Bin Abdul
Masalah Keutamaan Bahasa
Saya sempat menonton Debaton Parlimen 2019 yang menghimpunkan anak-anak muda untuk sesi perdebatan ala Parlimen yang dipengerusikan sendiri orang Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Ariff Yusof. Bagus.
Namun salah satu perkara yang mengecewakan dari pihak saya adalah kelonggaran dari segi penggunaan bahasa. Semudah-mudahnya bahasa Inggeris dibenarkan menjadi medium untuk perdebatan (jika di Dewan Rakyat, tidak dibenarkan kecuali untuk terma-terma tertentu). Idea ini sungguh celaru dan membuatkan hilang satu prinsip atau pegangan yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai keutamaan di Malaysia dalam peranannya dalam urusan rasmi negara.
Kecelaruan seperti ini memang sudah lama berlaku, termasuklah yang saya pernah lihat semasa perdebatan pilihanraya kampus UM 2014 di mana bahasa Inggeris diletakkan sebagai salah satu syarat. Tidak masuk akal. Untuk apa?
Jadi sekarang ini bahasa Melayu sudah semakin "dicairkan" fungsinya oleh pihak-pihak tertentu, dan orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus bahasa Melayu (baca: DBP) serta pihak yang berkaitan pula tidak langsung progresif dan tegas (dari segi kata-kata dan tindakan) untuk memastikan martabat bahasa Melayu terpelihara. Sila kecam saya kalau saya salah.
Kita sudah sedia maklum memang ramai Ahli Parlimen Malaysia yang lemah berbahasa kebangsaan. Kemudian saya lihat pula unsur-unsur untuk menormalisasikan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan penggubalan dasar negara dalam bentuk Debaton Parlimen ini. Mereka sedang mencuba lah ni.
Ada komen orang yang mengatakan:
"It doesn't make us less Malaysian if we use English."
Betul. Saya komen:
"But It does make you less Malaysian when you are unable to master the national language and not even into prioritizing it."
Apabila saya lihat siapa penganjur Debaton ini, saya tidak lagi hairan. Sekarang saya dah tahu tangan tersembunyi yang menjalankan agenda ini.
Malaysiakini.