-->

September 11, 2019

Rakyat China Jadi Warganegara, JPN Perlu Keluarkan Stastistik.

Oleh : Arif Atan

Isu warga China ada kad pengenalan Malaysia. 

JPN sepatutnya keluarkan senarai berapa ramai yang mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui perkahwinan mengikut negara asal masing-masing. Barulah telus tidak menimbulkan prasangka.

Apatah lagi gempar beberapa individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi direman polis ekoran pembongkaran aktiviti jual MyKad kepada seorang warga China di Pulau Pinang baru-baru ini.

Berapa ramai sebenarnya warga China yang sudah berjaya beli kewarganegaraan Malaysia?

Ditambah khabarnya pembelian hartanah di negara ini oleh orang China pula semakin meningkat sejak sebelum PRU-14 lagi. Hal ini harapnya dalam radar pemantauan kerajaan sekarang.

Contohnya, dalam kes KSK Land yang dilapor mencatat purata pertumbuhan modal sebanyak 5.1 peratus tahun ke tahun bagi segmen kediaman mewah.
Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua memberitahu pihaknya sedang menganjurkan pertunjukan makan malam persendirian sebanyak dua hingga tiga kali sebulan bagi pembeli berpotensi di Hong Kong dan ia hanya boleh dihadiri menerusi jemputan khas.

“Pertanyaan mengenai jualan bagi apartmen mewah oleh penduduk Hong Kong meningkat sebanyak 10 peratus sejak April dan kami menjangka jualan unit servis kepada penduduk Hong Kong meningkat sebanyak 50 peratus berikutan pembeli mencari jalan untuk membelanjakan wang mereka di luar bandaraya berkenaan.

“Mereka selalu bertanya, bagaimana dengan prestasi ekonomi Malaysia pada masa ini?,” kata Kua dipetik Nikkei Asian Review.

Mula-mula beli rumah kemudian minta jadi warganegara. Ini yang pastinya ramai dibimbangi rakyat Malaysia merentas politik kepartian yang "tanah tumpah darahku" di sini.

Jadi, ada JPN keluarkan statistik berapa ramai warga asing ikut negara yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia melalui perkahwinan?