Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association | KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ANCAMAN DAN SERANGAN SEEKOR ANJING TERHADAP ORANG AWAM DI PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN (BACA SAMPAI HABIS DENGAN RASIONAL DAN BUKAN DENGAN EMOSI)
Seekor anjing liar gigit kanak-kanak di Port Dickson Negeri Sembilan merupakan insiden melibatkan nyawa manusia.
Animal Malaysia berpendirian bahawa :
1. Feeder kawasan yang memberi makan anjing perlu bertanggungjawab mendidik tingkah laku anjing dibawah pengawasan mereka. Ini dinamakan penanggungjawaban atas seliaan masing-masing.
2. Orang awam dan kanak-kanak juga perlu lebih rasional terhadap anjing dan tidak memprovokasi anjing. Perbuatan provokasi anjing melahirkan tingkah laku anjing yang defensive dan memusuhi individu yang tidak dikenali kerana beranggapan manusia memusuhi mereka. Akhirnya menjadikan individu tidak bersalah menjadi mangsa kerana anjing bukan haiwan yang pandai pilih mangsa atau melakukan siasatan, tangkapan atau memburu manusia pelaku provokasi terhadapnya.
3. Sebagaimana manusia ada jahat, nakal dan baik. Anjing tidak berakal juga memiliki pelbagai karakter yang diluar jangka bergantung pengalamnnya.
4. Seperti kenakalan dan kejahatan seorang atau dua orang manusia atau secara berkumpulan. Anjing juga akan memiliki seekor atau dua ekor mahu pun berkumpulan yang berkelakuan jahat dan nakal.
5. Namun begitu. Bukan alasan kepada manusia untuk menjatuhkan hukuman bunuh sewenang-wenangnya terhadap semua anjing-anjing di Malaysia hanya kerana kes serangan seorang dua melibatkan anjing. Animal Malaysia BERSETUJU SEKIRANYA ANJING TERLIBAT DITANGKAP PBT untuk elakkan insiden berulang. Namun tiada keperluan membunuh semua anjing jalanan untuk menghalalkan tindakan ambil mudah.
6. Ibarat dalam keluarga ada seorang dua anak yang nakal. Mana mungkin semua anggota keluarga dibunuh atau dihukum. Ini melanggar hak asasi manusia dan begitulah perihalnya dengan binatang.
7. Apa yang terjadi di negara ini. Sebelum kes serangan anjing Port Dickson berlaku. Anjing jalanan telah lama didiskriminasi dan dibunuh secara berleluasa dengan jumlah yang tidak dapat dihitung lagi.
8. Serangan anjing terhadap kanak-kanak di Port Dickson Negeri Sembilan ini perlu dijadikan tauladan dan muhasabah bagaimana nyawa haiwan jalanan ciptaan tuhan juga ini dibunuh wewenang-wenangnya walau sebelum terjadi kes serangan melibatkan anjing secara serius.
9. Kita kasihan akan nasib yang menimpa kanak-kanak pelajar di Port Dickson Negeri Sembilan digigit anjing jalanan. Namun apa yang dikhuatiri Animal Malaysia ialah ianya merupakan KIFARAH dan amaran tuhan terhadap apa yang negara lakukan kepada makhluk ciptaan tuhan ini secara sewenang-wenangnya walau tiada alasan kukuh untuk membunuhnya dahulu. Alasan PENYAKIT RABIES dan BAHAYA dijadikan lesen untuk memomokkan masyarakat tentang keperluan bunuh anjing tanpa melalui prosedur betul dan hak kepada nyawa yang negara abaikan.
10. Adalah tidak adil apabila satu pihak menuntut agar pembunuhan dilaksanakan apabila anjing dipropagandakan sebagai ancaman walhal negara hanya mencatatkan hanya dua kes sahaja melibatkan serangan anjing. Itu pon dahulu ianya kes serangan anjing berpemilik termasuk pemilik anjing kilang, pembinaan, penduduk dan perumahan sedangkan apa yang kita bicarakan ini adalah perihal anjing jalanan. Akhirnya yang jadi mangsa adalah anjing jalanan.
11. Kerana itu Animal Malaysia sering melaungkan mengenai pertanggungjawaban pemilik haiwan atau anjing milik masing-masing supaya mendidik haiwan peliharaan dan meletakkan di tempat betul. Kerana sikap anjing berpemilik akan memberi kesan kepada anjing jalanan. Sebagaimana onar anak-anak manusia beribu bapa tetapi yang mendapat nama buruk adalah anak-anak jalanan dan anak-anak yatim yang dilihat tidak mendapat pendidikan sebagai sampah dan jahat. Ini yang dimaksudkan tidak adil.
12. Animal Malaysia sering melontarkan suara agar PBT dan DVS melaksanakan tugas dengan amanah dan beretika sesuai dengan peranan dan portfolio badan berkenaan sebagai pelindung dan pengamal dasar kebajikan haiwan yang mereka rangkakan untuk menuju negara maju. Maka apa yang dilontarkan dan diperhatikan oleh Animal Malaysia adalah segala berkaitan perundangan dam dasar yang diciptakan oleh manusia-manusia pembuat dasar itu tadi.
13. Negara memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan segala keperincian mengenai hak haiwan ada dalam akta untuk menjadikan negara bertamadun dalam memberi keadilan bukan sahaja manusia tetapi KEADILAN UNTUK SANG HAIWAN.
14. Animal Malaysia ditubuhkan jelas sebagai NGO memperjuangkan nasib haiwan dan memastikan keselarasan hak haiwan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 dijalankan dengan baik dan selaras di seluruh negara. Sebab itu kedengaran suara Animal Malaysia membela haiwan kerana ia sejajar dengan matlamat penubuhannya.
15. Animal Malaysia percaya bahawa apa pon layanan rakyat dalam negara ini terhadap haiwan pasti ada imbal balas tuhan pada seluruh rakyat pada akhirnya. Kita sering menunding jari kepada haiwan terhadap serangan seekor anjing pada manusia. Tetapi terlupa pembunuhan dan penganiayaan kita telah lakukan kepada haiwan.
16. Akhir sekali kita telah membunuh ribuan anjing sebelum insiden serangan anjing jalanan terhadap kanak-kanak dan melaung untuk membunuh semua haiwan ketika negara diuji dengan serangan seekor anjing jalanan terhadap kanak-kanak walau tidak mengenal pasti punca mengapa anjing berlaku ganas dan kemungkinan provokasi melampau telah berlaku sebelum-sebelum itu. Atau kita tidak memikirkan amaran tuhan dengan apa yang manusia lakukan terhadap nyawa-nyawa ribuan anjing yang dibunuh sebelum ini.
17. Sampai bila kita mahu memomokkan masyarakat dan menjadikan ianya alasan membunuh anjing ?
18. Akhir sekali jika PBT dan DVS serta Lembaga Kebajikan Haiwan melaksanakan pelan kebajikan haiwan secara selaras. Pasti ada jalan keluar dari kemelut ini. Apa yang dituntut adalah perkasakan kebajikan haiwan untuk mengelakkan berlaku konflik antara haiwan jalanan dan manusia. Selagi ianya tak dimulakan. Selagi itu perseteruan antara agensi, masyarakat dan haiwan tiada kesudahan.
19. BERIKUT STATISTIK LAPORAN KEZALIMAN DAN PENGANIAYAAN ANJING SERTA BEBERAPA HAIWAN LAIN DICATATKAN YANG DIKELUARKAN OLEH DVS
Tahun 2017
Jumlah Kes Kezaliman Oleh Manusia - 510
Jumlah Kes Kezaliman Yang Mampu Didakwa - 4
Tahun 2018
Jumlah Kes Kezaliman Oleh Manusia - 662
Jumlah Kes Kezaliman Yang Mampu Didakwa - 13
Tahun 2019 (Sehingga Oktober 2019)
Jumlah Kes Kezaliman Oleh Manusia - 265
Jumlah Kes Kezaliman Yang Mampu Didakwa - 7
20. Daripada jumlah kes perbuatan zalim manusia terhadap anjing dan haiwan. Berapa puluh kes serangan anjing dan haiwan terhadap manusia hinggakan manusia tuntut semua anjing jalanan dibunuh? 80% anjing yang ditangkap dan dibunuh bukan dibuktikan berpenyakit atau mengancam nyawa. Cuma dikatakan memburukkan pemandangan dan laporan pembenci anjing. Adakah adil untuk kehidupan anjing yang dianiaya tanpa alasan?
👆Inilah punca dan mengapa Animal Malaysia lantang bersuara dan mahukan Malaysia perubahan sejajar Dasar Kebajikan Haiwan Negara. Inilah perjuangan PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
ADAKAH MALAYSIA CUKUP ADIL DENGAN HAIWAN?
Berfikirlah secara rasional sebelum bala lebih besar menimpa negara.