-->

November 26, 2019

Wanita itu Menfitnah Kerana Saya Larang Isteri Ambil ASB Financing Dan Beli Rumah Dari Dia - Dai'e Farhan.

SOSMED | Semalam seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al Maliki telah menulis satu surat terbuka yang ditujukan khas buat Daie Farhan di Facebooknya.

Menurut wanita itu, Daie Farhan adalah ustaz yang menunggang agama untuk kepentingannya sendiri.

Tindakannya berkahwin kali kedua dengan ibu tunggal anak lapan, yang kaya-raya, mempunyai niat tertentu. Tujuannya mendedahkan perkara itu adalah mahu menghentikan kezaliman ke atas nasib wanita yang teraniaya. Dan hal itu ditegaskannya sekali lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"Apa yang dilakukan beliau itu, menampakkan bahawasannya, wanita itu tiada nilai. Wanita itu diperlakukan seperti boneka, tiada perasaan.”

Wanita tidak boleh membantah. Wanita jangan berani-berani untuk tidak bersetuju dengan tindakan suami, nanti masuk zon derhaka. Wanita dimomokkan dengan benda-benda seperti ini. Nusyuz, derhaka, neraka, sekiranya menyanggahi hasrat sang suami.

Ianya telah menjadi TREND dalam masyarakat muslim. Kita berpekik berkata wanita dalam islam diletakkan di level yang tinggi. Tetapi kita tidak sanggup mengkritik perbuatan zalim. Menceritakan kesakitan ummah, itu akan dilabel sebagai membuka aib. Itu namanya tidak Syarie. Itu namanya, menempah neraka.

Siapa perlu dijadikan rujukan, buat wanita-wanita yang diperlakukan seperti ini? Kepada siapa hendak di luahkan? Sampai bila kita mahu isu seperti ini terus-terusan menyakiti wanita?

Wanita terpaksa bersuara atas kapasiti kaum sendiri, kerana saya tidak melihat mana-mana kaum lelaki serious dalam memperjuangkan hak wanita.

Sekiranya bercakap sikit. Kejap lagi dicakap AIB. Tapi apa yang lelaki buat semuanya SUNNAH, tiada masalah,"
katanya.

Daie Farhan bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan-tuduhan wanita itu dan beranggapan ia adalah satu bentuk fitnah ke atas dirinya kerana beliau melarang isteri pertamanya membeli rumah dan ASB dari wanita itu.



"Astaghfirullah, mungkin kerana dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dengan dia, tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dengan viralkan perkara fitnah yang telah berlalu..

Moga gambar whatsApp isteri saya dengan dia pada 1 Nov yang lalu menjawab segala fitnah yang dia viralkan..," jelasnya dalam satu kenyataan di Instagram pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, netizens bawangers telah menyerbu post-post di IG dan Facebook Daie Farhan sejak malam tadi. Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizens samada marah, memerli mahupun penyokong. - 26 November 2019.