-->

Disember 25, 2019

Wajarkah Terengganu Saman Peniaga Lampu Isyarat?

SEMASA | Kita lihat kerajaan Terengganu telah dikecam netizens kerana menyusahkan penjaja kecil yang mencari rezeki di tepi lampu isyarat.

Peniaga kecil ini berisiko disaman sehingga denda RM100,000 jika didapati bersalah dengan berniaga di tepi lampu isyarat.

Menurut laporan, atas faktor keselamatan samada kepada peniaga mahupun pengguna yang memaksa Terengganu mengambil tindakan drastik seperti ini.

Sebenarnya, selain menyaman, Kerajaan Terengganu juga telah bertindak dengan membantu peniaga lampu isyarat untuk berniaga di kawasan yang disediakan.

Pinjaman dan premis perniagaan disediakan bagi membantu peniaga lampu isyarat berniaga dengan lebih baik di lokasi yang dikhususkan.

Tetapi kita melihat inisiatif tersebut tidak diperbesar-besarkan netizens yang mempertikaikan tindakan saman itu, kenapa agaknya?

Ini kerana, walaupun inisiatif itu bagus, untuk jangka masa panjang, tetapi meniaga di tepi lampu isyarat ini adalah satu taktik marketing yang power.

Peniaga perlu mencari jalan untuk mempersembahkan produk jualan mereka kepada pengguna secara one to one, apabila customer telah merasai produk itu, maka jika berminat mereka boleh lah mengunjungi kedai peniaga tersebut.

Ini adalah taktik marketing yang biasa. Bukan mereka meniaga je di lampu isyarat tu. 

Sesetengahnya pula sememangnya penjaja kecil yang meniaga di lampu isyarat kerana disitu ada ramai customer. Jualan lebih laris dan cepat habis.

Bukannya taknak buka kedai. Bila buka kedai kena tunggu customer datang. Jika customer tak datang, maka takde lah sales.

Andaikata ada kedai, ada pinjaman jika tiada pelanggan, peniaga pun tak boleh nak hidup. Sudahlah rugi kena bayar pinjaman pula.

Oleh kerana itu, adalah amat baik jika Terengganu boleh longgarkan sedikit undang-undang tersebut kepada kawasan lalu lintas yang berbahaya dan berisiko. 

Yang takde risiko itu, bagi la ruang sikit kepada penjaja untuk cari makan.

Baca berita dibawah ini;

Kerajaan Terengganu melaksanakan operasi bersepadu kali pertama bagi 'menggempur' penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri bermula hari ini sehingga 31 Disember.
 

 
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan itu telah berakhir November lalu.

Menurutnya, ia adalah peringatan terakhir kepada penjaja-penjaja yang terus berkeras melanggar peraturan selepas tarikh akhir diberikan ketika rundingan telah tamat sebelum ini.

“Kita telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.

“Operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK),”
katanya ketika sidang media Operasi Bersepadu Penjaja di Wisma Darul Iman hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Ahmad Farhan Abdul Wahab; Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Ketua Pegawari Penguatkuasa Negeri KPDNHEP, Nor Azmi Lamisza.

Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Katanya, mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu bakal berdepan kompaun sekurang-kurangnya RM200 dan rampasan barang atau denda sehingga RM100,000 dan penjara sekiranya didakwa di mahkamah.

Sehubungan itu beliau meminta kesemua penjaja jalanan untuk mematuhi arahan yang ditetapkan.

"Kita harap mereka yang terlibat salat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Ia bukan sahaja atas faktor lalu lintas bahkan atas faktor keselamatan diri penjaja itu sendiri," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Ahmad Farhan berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu penjaja jalanan.

"YPU sebelum ini telah menawarkan inisiatif-inisiatif berbentuk tawaran pinjaman kepada penjaja untuk membolehkan mereka terus berniaga dengan cara lebih baik.

“Kita juga sentiasa membuka ruang kepada penjaja dan berharapkan mereka memanfaatkan inisiatif yang disediakan kerajaan sebagai ganti terhadap perniagaan mereka,"
katanya. - 25 Disember 2019.