Nampaknya kontroversi Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Terkini Imam Muda pula mmeberikan pendapatnya.
Walaupun tulisan Imam Muda Musim Kedua itu tidak 'bernama' dan ditujukan kepada sesiapa, namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada selebriti Hanez Suraya yang kini sedang hangat dengan kontroversi.
Walaupunpun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.
"Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!
"Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.
"Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram," katanya.
Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.
"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.
"Jangan cuba menghalalkan yang haram!," tegasnya lagi. - Sinar Harian
|
Mac 07, 2014
